Syarikat Broker Kedua Terbesar Jepun, Daiwa, Menyempurnakan Pilot Blockchain
Daiwa Securities Group, syarikat broker kedua terbesar di Japun, telah mengumumkan penyempurnaan proof-of-concept blockchain dalam sidang media bersama-sama Cointelegraph pada 19 Februari. PoC ini adalah implementasi blockchain dalam pemadanan untuk pemprosesan selepas perdagangan.
Projek pilot blockchain itu, yang dipanggil “JPX Proof-of-Concept Testing for Utilization of Blockchain/DLT in Capital Market Infrastructure,” melibatkan 26 syarikat, termasuk institusi kewangan, pembekal sistem dan pelabur institusi. Matlamat pilot itu – yang baru sahaja menyelesaikan fasa kedua – adalah untuk menambah tahap efisyen teknologi blockchain dalam proses selepas perdagangan.
Menurut keputusan pilot itu, implementasi spesifikasi yang diselaraskan dan proses aliran kerja untuk sistem blockchain dijangka akan mengurangkan kos operasi dan membolehkan pembangunan produk dan perkhidmatan baru. Menurut sidang media, firma itu “percaya bahawa penyelarasan akan membuahkan kelebihan yang banyak kepada pelabur.”
Sidang media itu juga mengatakan bahawa untuk implementasi sistem yang selaras melalui blockchain kepada pelbagai syarikat akan memerlukan lebuh banyak pertimbangan praktikal. Menurut kenyataan media itu:
“Kita mungkin perlu membangunkan organisasi baru atau konsortium yang akan bertanggungjawab untuk pembangunan sistem dan penradbiran, pengurusan bajet dan pembangunan dana. Kami akan berbincang lebih banyak lagi tentang rangka kolaborasi dengan peserta pasaran dan juga menjalankan kajian kelayakan untuk merealisasikan konsep ini.”
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!