Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Syarikat Coklat Hershey Menyertai Konsortium Pengiklanan Blockchain

 

Konsortium berdasarkan blockchain AdLedger telah memasukkan The Hershey Company, syarikat terkemuka coklat di Amerika Syarikat, menurut media berita AdWeek pada 26 Mac.

Hershey, bersama-sama kumpulan media Perancis Publicis Media dan The Global Audience Based Buying Conference & Consultancy (GABBCON), telah dilaporkan menyertai AdLedger. AdLedger ditubuhkan oleh IBM, Tegna dan syarikat blockchain MadHive pada tahun 2018, dan adalah konsortium non-profit yang membangunkan teknologi lejar teragih (DLT) untuk pasaran pengiklanan digital.

Selain daripada pengiklanan, penggunaan teknolog blockchain dalam Hershey boleh dikembangkan ke operasi perkilangan coklat, membantu dalam penjejakan koko “dari biji ke bar”, menurut Vinny Rinaldi, ketua media dan teknologi The Hershey Company. “Ini adalah langkakh yang besar untuk mengubah cara pemikiran kami,” tambah Rinaldi.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan Ogos lalu, pengiklanan tradisional tidak mempunyai ketelusan data dan proses. Blockchan boleh menyelesaikan isu ini, menjadikan maklumat yang cukup boleh didapati semua orang dalam ekosistem dan bagaimana penerbit mengesahkan trafik mereka, dan proses yang diikuti agensi pengiklanan dan pengantara lain untuk memastikan mereka berkerja dengan penerbit dengan trafik yang disahkan.

Tahun yang lalu, IBM dan Salon Media menguji proof-of-concept produk blockchain yang dipanggil “The Campaign Reconciliation Project” yang dicipta oleh AdLedger. Produk itu merapatkan jurang hubungan antara pengiklan, penerbit dan pelanggan, yang pada hari ini masih lagi menyebabkan industri terdedah kepada penipuan iklan high-tech, seperti bot fraud dan domain spoofing.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/hershey-chocolate-company-joins-blockchain-advertising-consortium

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads