Default – Above Header Ads

Syarikat E-Commerce Jepun, DMM, Menghentikan Perlombongan Kripto

 

Keadaaan pasaran semasa menyebabkan Syarikat E-Commerce gergasi Jepun, DMM, membuat keputusan untuk menutup bisnes perlombongan kripto mereka.

Lebih setahun yang lalu perlombongan kripto telah menjadi sesuatu yang sangat popular. Individu mula membina ladang perlombongan kripto persendirian, usahawan membuka syarikat perlombongan kripto baru dan syarikat sedia ada melancarkan bahagian operasi baru untuk perlombongan Bitcoin.

Tetapi kini situasi pasaran telah berubah, dan banyak syarikat telah membuat keputusan untuk menghentikan aktiviti perlombongan mereka. Salah satu syarikat yang mengikuti trend ini adalah DMM, syarikat gergasi di Jepun.

Pada bulan September 2017, DMM mengumumkan rancangan untuk melancarkan ladang perlombongan kripto berskala besar. DMM juga mendedahkan matlamatnya untuk menjadi antara sepuluh ladang perlombongan terbesar di dunia menjelang akhir tahun 2018, dan kemudiannya untuk menjadi antara tiga ladang perlombongan terbesar dunia.

Syarikat itu akan melombong matawang kripto besar termasuk Bitcoin, Ether dan Litecoin. Dan pada bulan Februari 2018, ia memulakan aktiviti perlombongan di bandar Kanazawa, ibu negeri daerah Ishikawa.

Mungkin sebelum ini jangkaan perlombongan kripto adalah ia akan berterusan buat jangka masa panjang, namun realiti ini terkubur. Kemampuan operasi ladang perlombongan yang berskala besar telah jatuh secara mendadak, menyebabkan syarikat terpaksa mengambil langkah yang serius.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Seperti DMM, yang akhirnya memutuskan untuk menutup operasi mereka. Ia dipercayai membuat keputusan ini pada bulan September 2018, namun, langkah-langkah pertama untuk keluar daripada operasi itu, termasuk menjual peralatan perlombongan milik syarikat itu, dijadualkan bermula pada pertengahan tahun pertama 2019.

DMM bukanlah syarikat pertama yang akan menghentikan operasi perlombongan kripto mereka. Beberapa hari yang lalu, syarikat Internet GMO juga mengumumkan ia akan berhenti membangunkan, mengeluarkan dan menjual peralatan perlombongan Bitcoin kerana kerugian yang tinggi pada suku keempat 2018. 

Secara am, menurut laporan laman berita, sekurang-kurangnya 100,000 pelombong individu telah menghentikan operasi mereka sejak September 2018.

Sumber:

https://www.coinspeaker.com/dmm-quits-crypto-mining/#

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.