Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Syarikat Gergasi Minyak dan Gas, Shell, Ingin Penganalisa Blockchain

 

Sementara pedagang jangka masa pendek bersiap sedia untuk Bitcoin melepasi garisan $4,000, pelabur matawang kripto jangka masa panjang kian berminat dengan fakta bahawa korporat berprofil tinggi semakin berminat dengan blockchain.

Salah satu daripadanya adalah Shell, pengeluar minyak dan gas kelima terbesar di dunia, yang berminat untuk mencari “penganalisa Blockchain” sebagai sebahagian daripada program graduan IT.

Apa yang menarik adalah, senarai pekerjaan itu sudah wujud di LinkedIn untuk masa yang lama, dan ramai yang tidak perasan sehingga baru-baru ini. Dalam maklumat pekerjaan itu, Shell mencari graduan yang mempunyai markah distinction dalam bidang berikut: matematik, AI, dan sains komputer.

Namun begitu, pada waktu penulisan, Shell tidak lagi menerima permohonan pekerjaan.

Apa yang pasti adalah korporat seperti Shell telah menghantar petunjuk bahawa: korporat besar sedang meneroka potensi implementasi teknologi blockchain dalam industri minyak dan gas.

Nampaknya syarikat itu berminat dengan “use case” untuk blockchain secara am dalam sektor tenaga – dan bukan sahaja blockchain tetapi juga “teknologi desentralisasi” secara keseluruhan. Oleh itu, peminat blockchain yang bekerja di Shell bukan sahaja akan bertanggungjawab ke atas “ideation” sahaja tetapi juga “implementasi”, dengan use case digunakan untuk membantu Shell.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Shell menunjukkan minat kepada teknologi di sebalik matawang kripto, memandangkan berapa banyak syarikat Fortune 500 yang berpusu-pusu mencari use case pada hari ini, tetapi menarik untuk mengetahui bahawa Shell mencari penganalisa blockchain secara aktif.

Sumber:

https://btcmanager.com/oil-gas-giant-shell-wants-blockchain-analysts/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads