Default – Above Header Ads

Syarikat Jepun SBI Holdings dan Firma Blockchain R3 Mengumumkan Usaha Sama

 

Syarikat perkhidmatan kewangan Jepun SBI Holdings telah mengumumkan perjanjian usaha sama dengan konsortium blockchain Amerika Syarikat R3 untuk bekerja di Jepun, Menurut sidang media pada 29 Januari.

Pada bulan Disember, SBI Holdings telah pun mendedahkan perancangannya – menurut temubual dengan CEO R3 – untuk bekerjasama dengan R3 Untuk membangunkan penggunaan tempatan platform blockchain Corda, Cointelegraph melaporkan pada 6 Disember. Sidang media semalam adalah pengumuman rasmi kerjasama itu.

Usaha sama SBI Holdings dan R3 bertujuan untuk promosi pembangunan perkhidmatan kewangan yang disokong oleh teknologi lejar teragih (DLT), dengan perancangan untuk mengembangkan perniagaannya ke rantau Asia Timur.

Menurut sidang media itu, usaha sama itu akan “menyokong provisi dan perkenalan lesen Corda, menyusun skim untuk penggunaannya, dan juga mempromosi kolaborasi dengan pejabat antarabangsa R3 dan rakan kongsi Corda yang lain.”

Sebelum ini, R3 telah mengumumkan pelancaran Corda Network, yang akan membolehkan pemindahan data dan aset digital antara rangkaian perniagaan dan aplikasi desentralisasi yang berjalan di platform Corda (CorDapps).

R3 mempunyai lebih 300 rakan kongsi untuk kolaborasi membangunkan platform blockchainnya Corda, Cointelegraph melaporkan pada 16 Januari.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/japanese-finance-giant-sbi-holdings-blockchain-firm-r3-officially-announce-joint-venture

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.