Syarikat Kereta Api Terbesar Jepun bakal Menerima Pembayaran Matawang Kripto
Operator kereta api terbesar Jepun, the Japan Railways Group (JR Group) dilaporkan mempertimbangkan penambahan pilihan pembayaran dalam matawang kripto untuk penggunanya, dalam langkah yang boleh melihat berjuta rakyat Jepun menggunakan kripto untuk membayar pengangkutan.
Menurut rangkaian berita komersial ANN News, JR Group mungkin akan menubuhkan pilihan pembayaran matawang kripto melalui kerjasama dengan bank utama, yang mungkin membawa kepada pelancaran syarikat matawang kripto yang akan menjadi bursa pertukaran.
Sistem baru itu akan membolehkan pengguna JR Group menambah kredit kad Suica – kad e-money prabayar yang membolehkan mereka membayar untuk barangan dan perkhidmatan di Jepun – dengan matawang kripto. Data yang dikeluarkan syarikat itu menunjukkan bahawa, setakat Mac tahun lalu, 70 daripada kad ini telah dikeluarkan.
Japan's biggest railway is reportedly looking to add #cryptocurrency payments, and some reports suggest they're also planning to launch a #crypto exchangehttps://t.co/IMwbyLDo26
— Francisco Memoria (@FranciscoMemor) March 31, 2019
Menurut Cointelegraph Japan, bursa pertukaran itu akan dinamakan Decurret, dan telah diberi lesen oleh Financial Services Agency (FSA) Jepun untuk beroperasi di negara itu. Ia mungkin akan mula berdagang pada 16 April dengan pasangan perdagangan Bitcoin, Bitcoin Cash, Litecoin dan XRP.
Perdagangan Ether dikatakan akan dijadualkan pada bulan Jun atau Julai, dan Bitcoin dan Yen Jepun akan digunakan sebagai matawang utama platform itu. Langkah itu dilihat sebagai cara JR Group untuk mengelakkan daripada membayar platform sumber ketiga untuk yuran transaksi, dan sebaliknya menambah sumber pendapatan baru ke dalam portfolionya.
Walaupun dengan keadaan pasaran menurun dari tahun lalu, yang melihat ekosistem kripto kehilangan lebih 85% daripada nilainya, suasana matawang kripto di Jepun tidak berhenti berkembang. Negara itu telah menjadikan Bitcoin sebagai kaedah pembayaran sah pada April 2017, dan sejak itu peniaga baru telah mula menerima kripto.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!