Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Syarikat Keretapi Swiss Uji Blockchain Untuk Tingkatkan Keselamatan Tempat Kerja

 

Swiss Federal Railways (SBB) telah menyiapkan pembuktian konsep (PoC) bagi sistem pengurusan kelayakan berdasarkan blockchain untuk pekerja yang bekerja di tapak pembinaan syarikat. Projek ini dijalankan dari Mei hingga November, dan bertujuan untuk memperbaiki proses manual berasaskan kertas kepada “persekitaran kerja digital dan audit berdasarkan blockchain”.

Penyelesaian ini dibangunkan oleh syarikat Linum Labs, menggunakan teknologi sumber terbuka uPort, sebuah projek yang dimulakan di bawah syarikat ConsenSys. Dalam ujian tersebut, pekerja mencipta identiti digital mereka dalam aplikasi uPort pada peranti mudah alih mereka, dan SBB mengeluarkan sijil yang mengesahkan mereka menjalani latihan yang sesuai.

Para pekerja kemudian menggunakan ID digital semasa mendaftar masuk dan keluar dari tapak pembinaan di mana mereka bekerja. Untuk memasuki tapak, pekerja akan mengimbas kod QR dari aplikasinya di telefon bimbitnya. Aplikasi ini juga boleh menyambung kepada sistem identiti pentadbiran bandar, seperti Zug ID, yang juga menggunakan teknologi uPort. SBB enggan memberi butiran khusus tentang langkah seterusnya, sambil menambah bahawa syarikat itu “mungkin mempunyai maklumat yang lebih stabil” pada awal tahun 2019.

Sumber:

https://www.coindesk.com/swiss-railway-tests-blockchain-identities-for-workplace-safety-boost

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads