Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Syarikat Lelongan, Christie Akan Rekodkan Jualan Hasil Seni Di Blockchain

 

Christie yang berpusat di London, salah satu syarikat lelongan seni tertua dan paling terkenal di dunia, kini beralih kepada teknologi blockchain untuk menyimpan data jualan secara selamat. Firma itu mengumumkan dalam siaran akhbar bahawa ia bekerjasama dengan Artory, pendaftaran digital hasil seni menggunakan blockchain untuk merekodkan transaksi lelongan.

Program perintis ini akan mendaftarkan penjualan lukisan karya dari Koleksi Barney A. Ebsworth, sebuah koleksi seni Amerika Moden abad ke-20, yang dianggarkan bernilai $ 300 juta. Platform blockchain Artory akan menyimpan data dari setiap jualan, termasuk tajuk, keterangan, harga akhir dan tarikh. Artory juga akan turut menyediakan sijil digital transaksi.

Christie akan kemudian mengeluarkan kad pendaftaran untuk pembeli mengakses maklumat tentang karya seni yang dibeli. Artory berkata dalam catatan blog bahawa sistem pendaftaran blockchainnya menawarkan “rekod transaksi digital yang selamat, dengan matlamat untuk memberikan keyakinan dan kecekapan yang lebih besar dalam penjualannya semula.”

Sumber:

https://www.christies.com/about-us/press-archive/details?PressReleaseID=9160&lid=1

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads