Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Syarikat Makanan Perancis Sertai Rangkaian Blockchain IBM Untuk Meningkatkan Tahap Ketelusan Sumber Makanan

Platform Food Blocks IBM Food Trust telah memperolehi satu lagi pengeluar makanan Perancis yang berusaha meningkatkan ketelusan produk dan rantaian bekalan. Kumpulan Avril, pengeluar minyak sayuran, telur dan protein, dan pemilik jenama Matines dan Lesieur, telah mula menggunakan rangkaian IBM Food Trust untuk memastikan kebolehpercayaan produknya.

Dengan menggunakan blockchain, Kumpulan Avril menjangkakan akan meningkatkan tanggungjawab sosial korporatnya, terutamanya dalam sektor seperti ternakan yang berkualiti dan pertimbangan kebajikan haiwan. Matines sedang berusaha untuk memajukan pengalaman pelanggan, memberikan ketelusan yang lebih baik melalui kod QR yang dicetak di dalam kotak telur, yang mengarahkan pelanggan kepada aplikasi yang mengandungi pelbagai data yang berkaitan dengan telur yang mereka makan – dari cara ayam diberi makan ke tarikh penghantaran ke gudang para pengedar.

Pada bulan Januari, CHO, salah satu pengeluar minyak zaitun terbesar di selatan Mediterranean, mengumumkan bahawa ia menggunakan teknologi blockchain IBM untuk meningkatkan kebolehpercayaan untuk minyak zaitun Terra Delyssa. Bercakap tentang perkembangan itu, naib presiden IBM Blockchain Supply Chain Solutions, Ramesh Gopinath, berkata: “Bahagian terbaik dari rangkaian IBM Food Trust adalah keupayaannya untuk menghubungkan ahli-ahli rantaian bekalan bersama, seperti pengguna akhir dengan para petani. CHO telah melakukan ini, kerana setiap entiti yang terlibat boleh berkongsi data, yang bukan hanya memberikan maklumat berkenaan sumber makanan, tetapi juga menunjukkan arah kepada teknologi kepercayaan untuk makanan.”

Rujukan:

https://newsroom.ibm.com/2020-02-04-The-Avril-Group-Joins-the-IBM-Food-Trust-Blockchain-Platform-to-Strengthen-Traceability-of-its-Matines-Eggs-Range

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.