Default – Above Header Ads

Syarikat Nvidia di Saman kerana Kerugian dalam Bentuk Kripto

Tuntutan mahkamah tindakan kelas telah difailkan untuk menentang pengeluar GPU ternama, Nvidia selepas ia mendakwa kerugian dalam perniagaan adalah disebabkan perlombongan kripto.

Firma undang-undang Schall mengumumkan tuntutan mahkamah tersebut dalam sidang akhbar pada minggu lepas, dan telah memanggil semua pelabur yang membuat pembelian stok Nvidia diantara 10 Ogos 2017 dan 15 November 2018 – dilabelkan sebagai tempoh kelas – dan kehilangan sebanyak USD$100,000 akibat kejatuhan harga saham Nvidia.

Menurut sidang akhbar itu, Nvidia telah didakwa melanggar subseksyen 10(b) dan 20(a) dalam Akta Pertukaran Sekuriti 1934 dan peraturan 10b-5 di bawah US Securities and Exchange Commission (SEC). Tuntutan itu mengatakan syarikat tersebut mendakwa ianya “hebat dalam pengurusan” aset, dan ia “faham sumber itu dengan baik”, dan dakwaan ini adalah “tidak benar dan mengelirukan”.

Namun begitu, walaupun pasaran kripto dalam keadaan menurun, Nvidia mengatakan dalam laporan kewangan Q3 2018 yang diterbitkan pada 15 November: “Keputusan tempoh terdekat kami adalah berdasarkan sumber inventori yang berlebihan dan juga lonjakan pasaran kripto, yang akan diperbetulkan kembali. Kedudukan kami di pasaran dan juga peluang untuk berkembang adalah kuat seperti biasa.”

Laporan daripada Yahoo Finance mengatakan bahawa walaupun keuntungan syarikat adalah positif, melihat kepada stok syarikat yang jatuh sebanyak 17 peratus adalah kerana penurunan kripto.

Nvidia membuat keputusan untuk menghentikan operasi perlombongan kripto pada bulan Ogos yang lalu. CFO Colette Kress mengatakan bahawa syarikat itu menjangka untuk tidak terlibat dalam matawang kripto dimasa hadapan.

Sumber:

Default – Inside Post Ads

Class Action Lawsuit Filed Against Nvidia Over Crypto-Related Stock Losses

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads