Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Syarikat Pemesejan Jepun LINE Lancarkan Mata Wang Kripto Sendiri

 

LINE, gergasi pemesejan sosial Jepun telah melancarkan mata wang kripto dan blockchain sendiri. LINE telah mendedahkan bahawa blok genesis rantaian baru, LINK, telah dihasilkan pada 23 Ogos. Syarikat itu menerangkan mainnet sebagai rangkaian blockchain “berorientasikan perkhidmatan” yang akan membolehkan aplikasi terdesentralisasi (dApps) diterapkan secara langsung kepada platform LINE.

Syarikat itu merancang untuk mengeluarkan sejumlah 1 bilion token LINK kepada pengguna platformnya, dengan mengatakan ia akan menyimpan 20 peratus atau 200 juta token – sebagai rizab syarikat. Token ini akan digunakan sebagai cara pembayaran untuk pelbagai perkhidmatan LINE. Menurut pengumuman itu, token baharu dikeluarkan oleh anak syarikat yang berpangkalan di Singapura yang dipanggil LINE Tech Plus PTE.

Sebagai ganti Tawaran Syiling Permulaan (ICO), token baru akan diedarkan melalui sistem ganjaran kepada pengguna, yang mana mereka menerima LINK setiap kali mereka menggunakan perkhidmatan tertentu dalam ekosistem LINE. Sebagai contoh, syarikat menyatakan bahawa LINK akan diberikan sebagai insentif penggunaan perkhidmatan dApp yang akan dilancarkan segera oleh LINE. Kertas putih LINE menunjukkan bahawa dua dApps yang pertama akan dilancarkan pada September, dengan lebih daripada 10 akan dilancarkan pada suku pertama 2019.

Sumber:

https://linecorp.com/ja/pr/news/global/2018/20

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads