Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Syarikat Penerbangan Utama Eropah Mahu Blockchain Singkirkan Orang Tengah

 

Salah satu syarikat penerbangan terbesar di dunia, Air France-KLM, mengumumkan perkongsiannya dengan Winding Tree, sebuah “ekosistem perjalanan berasaskan blockchain”. Melalui perjanjian ini, syarikat penerbangan itu bertujuan untuk menyediakan pelanggan dengan “tawaran perjalanan yang lebih menarik,” seperti pelbagai pilihan penerbangan dan hotel, serta penyelesaian perjalanan untuk lebih sesuai dengan keperluan dan kehendak pelanggan.

Air France-KLM menegaskan bahawa mereka akan mendapat keuntungan dari teknologi blockchain melalui penyingkiran orang tengah, seperti agensi pelancongan dan pengedar pakej pelancongan. Sonia Barrière, Naib Presiden Strategi dan Inovasi di Air France-KLM, menyatakan: “Air France-KLM sentiasa mewujudkan masa depan perjalanan dan merangka penyelesaian untuk menjadikan pengalaman perjalanan lebih mudah dan lebih istimewa. Dengan teknologi blockchain, kami berhasrat untuk merevolusikan industri pelancongan untuk pelanggan dan syarikat kami. ”

Walaupun syarikat itu belum mengenalpasti projek-projek tertentu dalam perancangan, Barrière mengatakan bahawa ia adalah salah satu syarikat penerbangan pertama yang bekerja dengan Winding Tree pada penyelesaian perjalanan berasaskan teknologi blokchain.

Sumber:

https://www.airfranceklm.com/en/news/air-france-klm-partners-winding-tree-strengthen-innovation-travel-industry-using-blockchain

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads