Syarikat Petroleum Thai Menguji Platform Perdagangan Tenaga Blockchain
Firma penapisan minyai Thai, Bangchak Corporation Public Co. Limited (BCP) menguji platform perdagangan tenaga berdasarkan blockchain dan mikrogrid komersial, menurut laporan media berita tenaga, Microgrid Knowledge pada 7 Mac.
BCP kini menguji platform baru di pusat beli-belah yang bersebelahan dengan stesen minyak di Bangkok. Sistem itu akan menggabungkan bumbung komersial dan kanopi fotovoltaik solar 280.9kW dengan lithium-ion, nickel-manganese-kobalt-oksida berjumlah 913 kWh dan juga kapasiti bateri penyimpanan tenaga lithium-iron-fosfat berjumlah 92kWh.
Dalam erti kata lain, platform penjanaan dan pengedaran mikrogrid itu akan menyokong keperluan tenaga asas stesen minyak BCP selain daripada menjana, mengedar dan menyimpan tenaga untuk penyewa pusat beli-belah.
Sistem Pengurusan Tenaga Komuniti Hijau (GEMS) adalah “sistem sandbox eksperimen” yang akan dijalankan atas blockchain Ethereum. BCP bermatlamat untuk melihat sama ada GEMS boleh diimplementasi kepada rangkaian stesen minyak seluruh negara. Wuthipong Suponthana, pengarah urusan Leonics – firma yang mereka bentuk sistem itu – memberitahu Microgrid Knowledge:
“Pelanggan kami, Bangcheck Petroleum Co., ingin komuniti mereka mempelajari tentang reka bentuk dan implementasi sistem mikrogrid, dan juga tentang operasi mikrogrid sebagai satu perniagaan. Kos sistem penyimpanan tenaga semakin menurun, dan mereka ingin bersedia untuk implementasi sistem ini.”
Microgrid Knowledge mengatakan bahawa sistem baru akan membolehkan pengguna GEMS jimatkan kos elektrik dan pada masa sama mengurangkan kecemaran, suatu isu kesihatan awam di Bangkok.
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/thai-petroleum-company-tests-blockchain-energy-trading-platform
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!