Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Tahap Kesukaran Perlombongan Bitcoin Meningkat 10% Buat Pertama Kali

Data daripada sumber statistik Blockchain dan Bitcoin Wisdom mengesahkan bahawa tahap kesukaran dalam rangkaian Bitcoin baru-baru ini meningkat, dan bukannya menurun, sebanyak 10 peratus. Tahap kesukaran merujuk kepada kesukaran pelombong untuk menyelesaikan masalah matematik kompleks untuk proses pengesahan transaksi dalam rangkaian Blockchain Bitcoin.

Seperti yang dilaporkan Bitcoinist sebelum ini, tempoh bermula bulan Julai telah menunjukkan penyelarasan tahap kesukaran yang menurun, selari dengan kejatuhan harga Bitcoin supaya pelombong Bitcoin boleh beroperasi dengan kos lebih rendah untuk tidak rugi.

Sesuatu yang diluar jangkaan pada tahun 2018 adalah rangkaian Bitcoin melalui pelarasan tahap kesukaran sebanyak 5 kali – sekali di bulan Julai, sekali di bulan Oktober, sekali di bulan November dan dua kali di bulan Disember. Penyelarasan terbesar adalah pada 3 Disember, dengan penurunan tahap kesukaran sebanyak 15.1 peratus.

Pada waktu itu, nilai BTC adalah USD$3838.04, dan keseluruhan rangkaian menghadapi tekanan apabila banyak laman berita melaporkan pelombong ingin meninggalkan rangkaian Bitcoin secara beramai-ramai kerana risau dengan keuntungan yang semakin menurun.

Kadar hash sudah menurun sejak bulan Ogos, namun penurunan tahap kesukaran pada pertengahan Disember, menaikkan kembali kadar hash, menunjukkan bahawa rangkaian Bitcoin mampu berjalan dengan lancar tanpa kuasa pusat. Hanya segelintir sahaja yang menjangka harga Bitcoin akan naik dengan tinggi dalam masa terdekat, namun begitu keadaan teknikal yang sihat menambah keyakinan komuniti Bitcoin yang lain.

Sumber:

Bitcoin Mining Difficulty Adjusts 10% Upwards For the First Time in Months

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads