Default – Above Header Ads

Teknologi Blockchain akan Digunakan untuk Platform E-Mortgage Baru di ‘World’s Smartest City’

Dubai Land Department (DLD), satu agensi kerajaan, telah menandatangani perjanjian lesen dengan Mashreq Bank beroperasi UAE untuk melancarkan platform gadai janji berdasarkan blockchain. Sistem baru itu bertujuan untuk mengambil alih tugasan berat memproses pinjaman gadai janji. Dengan menyelaraskan kertas kerja dan menyimpan maklumat penting di atas blockchain, platform itu dijangka akan mempercepat prosedur kompleks, menurunkan kos dan menambah tahap efisyen.

Menurut laporan berita tempatan The National,

“Pembangunan dan pelancaran sistem e-mortgage datang sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menambah baik automasi aplikasi dan sistem dalam transaksi kami untuk mengurangkan transaksi kertas dan jumlah lawatan,” Pengarah Jeneral DLD Sultan Butti bin Mejren berkata.

Berikutan penjualan hartanah, pemegang gadai janji Mashreq akan dihubungkan kepada sistem pendaftaran elektronik DLD yang baru. Data berkaitan akan mengalir melalui blockchain di mana yuran pembayaran akan dimasukkan dan perubahan dokumen boleh dijejak.

Menurut Majid Saqer Al Marri, ketua eksekutif pendafataran dan perkhidmatan hartanah di DLD,

“Mengaplikasikan sistem e-mortgage ini memerlukan sinergi dengan bank UAE utama…untuk menyebarkan kebaikannya kepada jumlah terbesar pelabur.”

Dubai bermatlamat untuk menjadi “bandar terpintar dunia” menjelang tahun hadapan melalui implementasi sistem berdasarkan blockchain untuk membuang platform legasi yang ketinggalan zaman dari tahun 1970, 80 dan 90-an.

Selain daripada transaksi hartanah, kerajaan itu merancang untuk integrasi smart contracts untuk menguruskan pembayaran bil, pembaharuan lesen dan permohonan visa, termasuk proses birokratik yang lain, untuk mengurangkan pengeluaran karbon, menyelaraskan kertas kerja dan membuang yuran yang mahal.

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/05/29/blockchain-tech-used-in-bitcoin-will-power-new-e-mortgage-platform-for-worlds-smartest-city/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!