Default – Above Header Ads

Teknologi Blockchain Digunakan Untuk Mengesan Telur Yang Dijual Di Target

Farmer’s Hen House, sebuah syarikat penggredan dan pengedaran telur yang bekerjasama dengan petani tempatan di Iowa, telah bekerjasama dengan syarikat pengesanan makanan berasaskan blockchain, Bytable. Mulai 15 April, telur Farm House Hen dijual dalam karrton yang mempunyai kod QR yang membolehkan pengguna mengesan asal-usul dan rantaian bekalan yang menyokong produk tersebut.

Repositori data berasaskan blockchain akan merangkumi maklumat mengenai masa telur diperolehi dan dari ladang apa, di mana ia dikumpulkan, dan maklumat mengenai setiap petani dan pensijilan mereka.

Syarikat telur menekankan bahawa mereka berharap dapat merapatkan jurang antara petani dan pelanggan, dengan menyatakan: “Kami percaya bahawa ciri pengeluaran makanan beretika adalah ketelusan. Itulah sebabnya kami telah memberi peluang kepada pelanggan kami untuk melihat dan mengetahui dengan tepat di mana makanan mereka berasal, siapa pengeluar dan sebagainya melalui ciri pengesanan baru kami. ” Telur Farmer’s Hen House dijual secara besar-besaran di seluruh Amerika Syarikat, dan boleh dibeli di Target dan Instacart.

Rujukan:

https://www.prnewswire.com/news-releases/from-your-table-to-their-farm–farmers-hen-house-eggs-debuts-new-traceability-feature-301041032.html

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.