Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Teknologi Flexa Baru Membenarkan Perbelanjaan Bitcoin dari Aplikasi Lain

Startup pembayaran peniaga Flexa tidak lama lagi akan membenarkan apa sahaja aplikasi untuk menjalankan pembayaran dalam kripto seperti aplikasi SPEDN telah lakukan sejak bulan Mei.

Staking dengan Flexacoin (FXC) syarikat itu akan membolehkan aplikasi untuk menyediakan pembayaran kepada peniaga tanpa risiko aplikasi jahat menterbalikkan transaksi selepas Flexa memindahkan dana. Syarikat itu telah mengutip $14.1 juta dalam penjualan tertutup token FXC pada bulan April.

Ia adalah teka-teki terakhir untuk Flexa memudahkan perbelanjaan kripto dalam ekonomi. Kini, CEO Tyler Spalding memberitahu CoinDesk, model perniagaan Flexa sepatutnya jelas untuk semua orang.

“Ini bagaimana ia akan berfungsi,” dia berkata. “Ini bagaimana orang ramai boleh mellibatkan diri. Ini adalah fungsi token kami. Ini adalah apa yang kami percaya.”

Dengan membolehkan staking, apa Sahaja aplikasi akan boleh menawarkan perkhidmatan pembayaran — tetapi use-case paling jelas adalah wallet. Jadi aplikasi yang sudahpun memegang kripto untuk pengguna akan boleh stake FXC dan kemudian membolehkan pembayaran terus kepada peniaga.

Bukan sahaja aplikasi sendiri boleh stake, tetapi pengguna juga boleh menyumbang kepada stakes itu juga. Kelebihan berbuat begitu adalah supaya semua stakers akan berkongsi yuran yang dikenakan untuk menggunakan sistem pembayaran Flexa.

Menurut Spalding:

“Flexa tidak akan menjadi satu lagi entiti yang mengambil yuran di mana apa yang lakukan hanyalah membekalkan perkhidmatan itu dan mengeluarkan yuran ini.”

Flexa akan memulangkan yuran itu kepada semua stakers. Pengguna yang menyumbang kepada stake aplikasi akan menerima sebahagian daripada yuran itu selari dengan berapa banyak stake yang ditambah.

Staking mencipta satu rangkaian yang tidak bergantung kepada kepercayaan daripada aplikasi.

Contohnya, jika pembekal wallet telah menubuhkan stake sebanyak $1,000 dalam FXC, jadi penggunanya boleh membuat pembayaran sehingga $1,000.

Apabila pembayaran dibuat kepada peniaga menggunakan sistem Flexa, peniaga perlu dibayar serta-merta tetapi ia mengambil masa untuk blok disahkan. Flexa menjadikan pembayaran itu serta-merta, yang mencipta peluang untuk aplikasi jahat menterbalikkan satu transaksi selepas Flexa membuat pembayaran.

Jika ada percubaan, smart contract akan mengesan bahawa pembayaran belum dibuat dan akan mengambil jumlah yang sama daripada kolateralnya dalam FXC.

“Niat kami adalah ia tidak akan tidak diproses,” menurut Spalding, itu adalah kerana semua orang tahu akan ada sesuatu yang akan diambil. Ianya sangat penting untuk membina disinsentif ini untuk pemain jahat.

Sumber:

https://www.coindesk.com/new-flexa-tech-will-let-you-spend-bitcoin-from-other-apps-too

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.