Telegram akan Melancarkan Rangkaian TON dalam Q3 2019

Perkhidmatan permesejan berenkripsi Telegram dilaporkan akan melancarkan Telegram Open Network (TON) dalam suku tahun ketiga 2019, menurut laman berita kripto The Block.

Satu memo dalaman yang dihantar kepada pelabur berkata bahawa rangkaian itu akan dilancarkan kemudian tahun ini. Telegram dilaporkan berkata bahawa proses ujian baru-baru ini yang berjaya “menguatkan lagi keyakinan kami bahawa mesin virtual TON dan TON…algoritma konsensus Byzantine berkebolehan untuk mencapai matlamat yang dinyatakan dalam whitepaper asal.”

Pada bulan April, Cointelegraph melaporkan bahawa Telegraph membuka akses kepada versi ujian persendirian kepada blockchain TON untuk beberapa pembangun terpilih. Pembangun ujian anonymous berkata bahawa blockchain itu menunjukkan “kelajuan transaksi yang sangat tinggi.”

Rangkaian TON kononnya akan melancarkan aplikasi desentralisasi, sama seperti rangkaian Ethereum.

Pada bulan Februari, perjanjian pembelian untuk token Gram Telegram – matawang digital rangkaian TON – berkata bahawa kontrak itu akan dibatalkan jika rangkaian itu tidak dilancarkan menjelang 31 Oktober 2019.

Telegram diasaskan oleh Nikolai dan Pavel Durov pada tahun 2013. Firma mengumpul hampir $1.7 bilion dalam dua pusingan ICO persendirian tahun lalu. Platform itu mempunyai lebih 200 juta pengguna.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/report-telegram-to-launch-ton-network-in-q3-2019

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!