Default – Above Header Ads

Telegram Melancarkan Klien Testnet Blockchain Lite TON Secara Rasmi

Perkhidmatan permesejan serta merta berenkripsi Telegram telah melancarkan klien testnet untuk Telegram Open Network (TON) secara rasmi, menurut fail yang diterbitkan di test.ton.org.

Arkib fail yang baru diperkenalkan itu yang boleh dimuat turun adalah pengedaran versi preliminari Klien Blockchain Network Lite TON bersama-sama bahagian relevan TON Blockchain Library, menurut fail maklumat readme itu. Pembangunan itu adalah versi stabil Kllien Lite yang simplified.

Pada 25 Mei, seorang pengguna GitHub kononnya memuatnaik versi klien itu. Merujuk kepada fail readme di GitHub, klien itu –  degan konfigurasi yang betul – disambung kepada nod penuh untuk testnet blockchain TON dan menghantar beberapa query kepadanya.

Selain daripada Klien Lite itu sendiri, pengguna boleh memasang fail konfigurasi untuk pembangunan smart contract, yang menghubungkan klien lite itu dengan server khas. Pengguna kemudiannya boleh mencipta smart contract baru, audit keadaan smart contract sedia ada, menghantar mesej luaran kepada smart contract, dan piilhan lain. Pengguna juga boleh melancarkan Fift untuk menyusun, melaksanakan dan debug smart contract secara lokal, menurut fail itu lagi.

Fift adalah programming language baru untuk TON yang dilancarkan minggu lalu. Ianya direka bentuk khusus untuk membangun dan mengurus smart contract blockchain TON, dan berinteraksi dengan TON Virtual Machine.

Telegram dilaporkan melancarkan ujian beta persendirian blockchain TON itu kepada sebilangan pembangun global yang terhad pada bulan April. Walaupun ujian itu tidak memberi apa-apa kesan spesifik, dua penguji anonymous mendedahkan bahawa blockchain menunjukkan “kelajuan transaksi yang amat tinggi.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/telegram-officially-releases-ton-testnet-blockchain-lite-client

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.