Default – Above Header Ads

Tencent Games Bekerjasama Dengan Platform Esport Blockchain SLIVER.tv

 

Tencent Games telah mengumumkan kerjasama dengan SLIVER.tv, sebuah platform esport blockchain yang akan menghasilkan platform esport selain fungsi interaktif seperti ramalan keputusan, trivia dan hadiah untuk penonton. Tencent Games, yang popular melalui permainan Battle of Elysium, mendedahkan bahawa saluran itu akan menggunakan blockchain Theta, dan pengguna akan dapat membeli barangan dan naik taraf permainan menggunakan token Theta.

Tencent Games menyatakan kegembiraan dengan peluang untuk memberi ganjaran Theta kepada pemain Ring of Elysium, yang menyatakan bahawa pengguna yang menyiarkan di SLIVER.tv akan mempunyai peluang untuk mendapatkan token Theta hanya dengan log masuk dan menonton kandungan. Kenyataan itu juga mendedahkan bahawa token Theta boleh digunakan dalam platform SLIVER.tv untuk membeli barangan ekslusif dalam permainan, atau mendapatkan diskaun produk dunia nyata dari penaja yang berkaitan.

Token Theta dihasilkan untuk memberi kuasa kepada ekosistem penyampaian video yang memberi ganjaran kepada pengguna dengan token Theta sebagai insentif untuk melancarkan kandungan video kepada pengguna. Rangka kerja itu memanfaatkan jalur lebar pengguna untuk menyediakan perkhidmatan video dan mengurangkan kos sambil meningkatkan penglibatan dan pendapatan tambahan.

Sumber:

https://www.ccn.com/tencent-games-forms-partnership-with-blockchain-esports-platform/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads