Default – Above Header Ads

TenX (PAY) Kehilangan Nilai selepas Pemergian Julian Hosp

 

PAY hilang sebahagian besar nilainya dalam beberapa minggu lalu, dengan tanda-tanda pengasas bersama Julian Hosp menjual semua asetnya apabila mengumumkan dia akan meninggalkan projek tersebut.

Semakin banyak masalah dihadapi TenX (PAY) apabila pengguna media sosial menemui bukti pengasas bersama dan bekas CEO Julian Hosp menjual token miliknya. Sementara projek TenX sedang berusaha untuk mencapai resolusi semasa penyusunan semula pengurusannya, Hosp telah menjatuhkan reputasinya dengan menjual tokennya.

Satu pengguna Reddit, gmgh, menyebarkan link kepada alamat wallet yang Mungkin dimiliki Hosp. Wallet ini telah mengeluarkan beberapa siri transaksi yang akhirnya masuk ke Bittrex. Sebahagian penjualan terjadi semasa harga PAY naik, sewaktu terdapat permintaan untuk aset itu. Token juga dijual selepas 1 Januari, menyebabkan penurunan harga mendadak sehingga ke bawah paras $0.20.

PAY jatuh lagi pada hari Khamis apabila pasaran kripto menghadapi kejatuhan yang menyebabkan harga Bitcoin dan altcoin menurun. PAY jatuh ke $0.17, kehilangan lebih 14% dalam masa 24 jam, dan aset itu kelihatan sudah menurun sebelum pasaran kripto jatuh secara am.

Peristiwa penjualan PAY itu boleh dilihat dengan jelas dari 1 Januari ke atas, apabila snapshot di ambil dan pemegang token boleh menjual tanpa hilang tuntutan mereka untuk token TenX yang baru. Namun begitu, sebahagian besar penjualan berkemungkinan besar adalah dari Hosp. Jumlah keseluruhan PAY yang dijual dianggarkan pada 2.2 juta, atau lebih kurang $990,000 pada harga semasa tempoh penjualan aktif. Memandangkan harga telah jatuh dan penjualan mungkin berlaku pada harga $0.30, nilai sebenar sukar untuk dianggarkan.

Kemungkinan besar penjualan itu adalah Hosp, yang mendapat bayaran daripada PAY setiap bulan, telah menyebabkan reputasi projek TenX semakin tercalar. Peristiwa terkini itu mengikuti Berita kegagalan untuk mengeluarkan kad perbelanjaan kripto dan dakwaan bahawa Hosp terlibat dengan skim piramid Lyoness.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Sumber:

https://cryptovest.com/news/tenx-pay-hit-by-evidence-of-dumping-after-julian-hosp-departure/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads