Default – Above Header Ads

Tether Akui USDT Tidak Disandarkan Sepenuhnya Kepada Fiat

 

Tether telah mengemaskini terma dalam laman webnya, mengatakan stablecoin USDT yang disandarkan pada dollar tidak disandarkan sepenuhnya 100 peratus kepada rizab fiat.

Kenyataan terbaru itu mengatakan bahawa walalupun stablecoin itu disandarkan 100 peratus, rizabnya juga kadang kala termasuk aset lain.

Laman web itu menyatakan:

“Setiap tether sentiasa disandarkan 100% kepada rizab kami, yang termasuk matawang tradisional dan persamaan tunai, dan dari masa ke masa, mungkin akan termasuk aset lain dan penghutang (receivables) daripada pinjaman yang dibuat oleh Tether kepada pihak ketiga, yang mungkin termasuk entiti berkaitan (secara kolektif, “rizab”).

Namun begitu, terma Tether sebelum ini, seperti yang dilihat dalam Internet Archive pada pertengahan Februari, menunjukkan sandaran sepenuhnya kepada fiat:

“Setiap tether sentiasa disandarkan 1-1, kepada matawang tradisional yang disimpan di rizab kami. Jadi 1 USD₮ sentiasa sama dengan 1 USD.”

Tether sudah menjadi tanda soal yang besar tentang sama ada firma itu mempunyai rizab yang mencukupi untuk menyandar 1.9 bilion USDT dalam peredaran, walaupun satu laporan mencadangkan ia mempunyai rizab yang mencukupi bergantung kepada keadaan.

Pada bulan Disember, Bloomberg News melaporkan bahawa ia melihat kenyataan bank Tether menunjukkan bahawa dalam empat bulan yang berbeza, syarikat itu memegang jumlah dollar yang mencukupi untuk menyandarkan token USDT di pasaran.

Sumber:

https://www.coindesk.com/tether-says-its-usdt-stablecoin-may-not-be-backed-by-fiat-alone

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads