Default – Above Header Ads

Tether Bertukar Tempat dengan EOS dan BCH untuk Menjadi Matawang Kripto Keempat Dunia

 

Sejak minggu lalu, ia telah menjadi musim mengatasi matawang kripto dan token teratas. “Survival of the fittest” adalah tema yang sesuai dengan naratif ini, dan matawang kripto berterusan mengatasi pesaing terdekat untuk mengambil tempatnya.

Ini adalah kes untuk Tether USDT yang kini menduduki tangga keempat matawang kripto paling besar dalam pasaran berdasarkan modal pasaran. Dengan peningkatan nilai sebanyak 0.1% sewaktu penulisan. Apa yang lebih menarik, USDT adalah satu-satunya token dalam sepuluh teratas yang meningkat nilainya sementara majoriti yang lain mengalami kejatuhan nilai antara 2 hingga 7%.

Sementara itu, situasi antara kini dan 24 jam yang lalu telah berubah secara signifikan memandangkan USDT didagangkan di tempat keenam di bawah EOS dan BCH yang kini masing-masing jatuh nilai mereka sebanyak 3.32% dan 1.5%.

Walaupun USDT berdagang dengan harga $1.01 yang tidak naik atau turun, ia jelas bahawa token itu telah membina momentum yang cukup untuk menjatuhkan pesaing terdekatnya apabila modal pasarannya bergerak dari $2.03 bilion ke $2.04 bilion berbanding modal pasaran EOS ($2.03 bilion) dan BCH ($1.95 bilion).

Namun begitu, memandangkan nilai ini tidak jauh dari USDT, dan melihat kedua-dua token hanya kehilangan nilai yang kecil, kemungkinan besar kedudukan terbaru USDT tidak akan kekal lama. Dengan setiap peluang yang datang daripada jumlah perdagangan yang bertambah, kedua-dua EOS dan BCH mungkin akan mendapat kembali kedudukan mereka dalam masa 24 jam.

Sementara itu, BnB minggu ini telah melaporkan modal pasarannya telah meningkat secara mendadak, menyebabkan ia naik satu kedudukan daripada sebelumnya. Tron pula tidak dapat mengekalkan kestabilanna dan telah kembali ke kedudukannya sebelum ini di bawah Litecoin.

Sumber:

https://zycrypto.com/tether-swaps-position-with-eos-and-bch-to-become-the-4th-most-valued-cryptocurrency/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.