Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Tether Dituduh Mengeluarkan Hampir $400 Juta USDT Tanpa Kolateral 

 

Tether, stablecoin terbesar mengikut kapital pasaran, telah mengeluarkan lebih $300 juta USDT minggu yang lalu. Peningkatan bekalan secara tiba-tiba itu telah menyebabkan tuduhan bahawa Tether sekali lagi menjalankan manipulasi pasaran dan stablecoin itu masih lagi tiada sandaran kepada simpanan US Dollar.

Tether dan bursa pertukaran yang berkaitan dengannya, Bitfinex, telah terlibat dalam kontroversi yang banyak. USDT Tether melambangkan nilai berbilion dalam pasaran matawang kripto. Jadi, kehilangan kepercayaan terhadap stablecoin itu akan menjejaskan harga Bitcoin.

Untuk menambah masalah itu, Tether enggan menjalani audit atau mendedahkan hubungan perbankannya. Ketiadaan ketelusan, ditambah lagi dengan bukti-bukti lain, menyebabkan ramai dalam komuniti ragu-ragu tentang dakwaan syarikat itu bahawa USDT disandarkan 1:1 oleh US Dollar.

Malah, keraguan ini telah menarik perhatian Jabatan Penghakiman (DOJ) Amerika Syarikat. Agensi itu telah melancarkan penyiasatan jenayah ke atas syarikat itu dan fokus kepada manipulasi harga Bitcoin melalui penggunaan USDT di Bitfinex. Jika benar, harga Bitcoin dan jumlah perdagangannya mungkin terlebih.

Bermula 8 April, Tether telah mula menambah bekalan USDT dalam peredaran. Sepanjang bulan lalu, bekalan USDT telah meningkat ke $147 juta.

Langkah itu menarik kritikan dari pemantau Tether dan Bitfinex, iaitu Bitfinexed, yang mendakwa bahawa dia telah mendedahkan “penipuan Bitfinex/Tether” yang kemudiannya diliputi oleh Bloomberd, the New York Times dan the Wall Street Journal.

Menurut kajian yang dijalankan oleh profesor di University of Texas, John Griffin dan Penulis bersama Amin Shams, terdapat bukti bahawa Tether menjalankan manipulasi harga Bitcoin. Menurut Griffin dalam temubual di Jun 2018 bersama Bloomberg:

“Pertamanya, Tether dicipta oleh syarikat induk Tether Ltd., selalunya dalam jumlah yang besar seperti 200 juta. Hampir semua coin baru kemudian berpindah ke Bitfinex. Apabila harga Bitcoin jatuh selepas pengeluaran, Tether di Bitfinex dan bursa pertukaran lain digunakan untuk membeli Bitcoin ‘dalam cara yang diselaraskan untuk menaikkan harga.’”

Oleh kerana itu, pengeluaran terbaru USDT mungkin padan dengan gambaran Griffin. Ini bertepatan dengan perubahan terma perkhidmatan terbaru Tether yang mencadangkan USDT disandarkan aset lain dan syarikat itu tidak bertanggungjawab untuk kerugian yang dialami pemegang.

Sumber:

https://cryptoslate.com/tether-accused-of-minting-400-in-uncollateralized-udst-to-prop-up-bitcoin/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.