Default – Above Header Ads

Tether Melancarkan Stablecoin yang Disandarkan pada Yuan di Blockchain Ethereum

Tether telah melancarkan stablecoin yang disandarkan kepada Yuan China, yang didedahkan akan dijalankan di atas blockchain Ethereum sebagai token ERC20.

Pengeluar stablecoin itu berkata dalam terbitan blog ringkas pada 9 September bahawa token baru itu, dikenali sebagai CNH₮, akan dikolateral kepada yuan yang disimpan di tempat lain.

“CNH melambangkan perkembangan kebolehan Tether dalam memudahkan penggunaan digital matawang tradisional, seperti US dollar (USDT) dan euro (EURT),” menurut pengumuman itu.

CoinDesk pertama kali melaporkan pada penghujung bulan Ogos bahawa Tether melihat untuk menambah stablecoin baru yang disandarkan kepada yuan, juga dikenali sebagai renminbi.

Pada waktu itu, pedagang OTC Zhao Dong, seorang pemegang saham di bursa pertukaran Bitfinex, berkata dia percaya bahawa stablecoin yang disandarkan kepada yuan di negara luar akan menambah peredaran matawang fiat itu.

Walaupun Tether memberi alamat smart contract untuk CNH₮ pada 9 September, ia tidak membekalkan maklumat lain tentang stablecoin baru itu. Ia masih tidak jelas bursa pertukaran mana yang akan menyenaraikan token itu, walaupun Dong berkata pada bulan Ogos bahawa syarikatnya, RenrenBit, akan meberi sokongan untuknya.

Ia juga tidak jelas sama ada Tether akan menyimpan yuan yang menyandarkan stablecoin itu, walaupun Dong memberitahu CoinDesk bulan lalu bahawa simpanan itu adalah di bank di Belgium.

Sumber:

https://www.coindesk.com/tether-launches-chinese-yuan-pegged-stablecoin-on-the-ethereum-blockchain

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.