Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Texas Mempertimbangkan Stablecoin sebagai “Matawang” 

 

Satu memo daripada Texas Department of Banking mendedahkan bahawa negeri Amerika Syarikat itu kini mempertimbangkan stablecoin sebagai matawang dan mungkin memerlukan lesen untuk mengeluarkan aset digital itu. Memo ini diterbitkan pada 2 Januari 2019.

Stablecoin adalah matawang kripto yang bersandarkan matawang fiat, logam berharga atau aset tradisional. Beberapa stablecoin juga bersandarkan algoritma. Supervisory Memorandum – 1037 meneroka trend terbaru matawang kripto, termasuk pengenalan stablecoin ke dalam pasaran, dan membincangkan rangka kerja undang-undang digital aset di bawah Akta Perkhidmatan Wang Texas.

“Analisa perlesenan akan dihidupkan jika stablecoin memberi hak penebusan matawang nasional kepada pemegangnya, mencipta tuntutan yang boleh ditukar kepada wang atau nilai matawang,” merujuk memo itu. “Ini adalah benar tidak kira jika hak penebusan dinyatakan secara langsung atau tidak oleh pengeluar. […] Bisne matawang virtual yang menjalankan pemindahan wang mesti patuh kepada semua provisi lesen yang dikenakan.”

Memo yang terbaru itu dikemaskini daripada memo yang dikeluarkan pada tahun 2014. Pada waktu itu, Pesuruhjaya Perbankan Charles G. Cooper menyatakan bahawa penguatkuasa tidak menganggap aset kripto sebagai “matawang”, dan menukarkan kripto kepada fiat tidak jatuh di bawah kategori “pertukaran matawang”. Namun begitu, ia membolehka bursa pertukaran kripto untuk beroperasi di Texas tanpa perlesenan transaksi matawang.

Dokumen tersebut menyatakan secara khusus bahawa matawang kripto di Texas masih lagi dianggap “bukan matawang di bawah Akta Perkhidmatan Wang”, jadi menerima aset digital tidak dianggap transaksi wang. Namun begitu, dokumen itu membuat pengecualian terhadap stablecoin.

“Seperti yang telah dinyatakan, matawang kripto bukan matawang seperti yang di definisikan dalam Akta Perkhidmatan Wang. […] Satu unit matawang kripto juga bukan satu tuntutan. Ia tidak memberi pemegangnya apa-apa hak dan tidak mencipta tanggungjawab atau kewajipan ke atas seseorang yang member, menjual atau memindahkannya.

EXMO affiliate program

Manakala, stablecoin pula yang disandarkan kepada matawang nasional mungkin dianggap sebagai tuntutan dan boleh ditukar kepada matawang, jadi jatuh dalam definisi matawang atau nilai matawang.”

Cooper berhujah tentang kewujudan matawang kripto dan mendefinisikan mereka sebagai “medium pertukaran elektronik” yang tidak mempunyai status “legal tender”.

“Satu unit matawang kripto tidak melambangkan tuntutan ke atas komoditi dan tidak boleh ditukarkan mengikut undang-undang,” tambah Pesuruhjaya Perbankan itu, menekankan bahawa “tiada penguasa kerajaan atau bank pusat” yang memberinya nilai melalui undang-undang.

Di Amerika Syarikat, di mana peraturan kripto berbeza dari negeri ke negeri, Texas dipercayai sebagai salah satu negeri yang paling mesra kripto dan projek Blockchain. Namun begitu, negeri tersebut telah mengambil tindakan tanpa kompromi ke atas “bad actors” dalam ruangan itu. Pada bulan April 2018, Texas telah mengeluarkan laporan terperinci dalam usahanya untuk mengeluarkan pemain jahat daripada negeri itu. Texas State Securities Board juga telah mengeluarkan amaran kepada scammer kripto, termasuk skim Ponzi Bitconnect.

Sumber:

https://cryptovest.com/news/litecoin-ltc-technical-analysis-40-in-sight-trying-to-break-through-1d-resisting-kumo-cloud/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads