Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Thailand Kaji Blockchain Untuk Penggunaan Dalam Harta Intelek, Dan Pembiayaan Perdagangan

 

Dua kajian kebolehlaksanaan teknologi blockchain telah dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Thailand. Kajian yang akan menumpukan pada penerokaan penggunaan teknologi blockchain dalam pembiayaan perdagangan dan pendaftaran harta intelek, dijangka siap pada Februari 2019.

Menurut Pimchanok Vonkorpon, pengarah Pejabat Dasar dan Strategi Perdagangan Thailand (TPSO), projek itu mendapat sokongan daripada Kedutaan Besar Britain. Berhubung dengan pembiayaan perdagangan, Pimchanok menegaskan bahawa teknologi blockchain akan membantu meningkatkan ketelusan, mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan memendekkan keseluruhan proses.

Manakala dari segi hak cipta intelektual, blockchain akan membantu pengurusan IP dan pendaftaran syarikat serta kebolehkesanan. Selain itu, kajian kebolehkesanan akan melibatkan kajian semula berkenaan undang-undang harta intelek, temu ramah pihak berkepentingan dan semakan proses pengurusan harta intelek.

Sumber:

https://www.bangkokpost.com/business/news/1554398/commerce-studies-blockchain-benefits

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads