Default – Above Header Ads

Tiada ‘Wang Keluar dari Emas’ ke Dalam Matawang Kripto, Dakwa Ahli Strategi

George Milling-Stanley, ketua Strategi Emas di State Street Global Advisors, baru-baru ini telah menyatakan bahawa melabur dalam emas adalah pilihan yang baik memandangkan kerisauan yang berterusan tentang perang perdagangan antara AS dan China, dan berkata dia tidak melihat ‘aliran keluar wang dari emas ke dalam kripto’.

Bercakap dengan Yahoo Finance On the Move, Milling-Stanley berkata dia mendengar banyak persoalan tentang penasihat kewangan matawang kripto kerana pelabur mereka bertanya tentang mereka. Dia berkata:

“Saya tidak melihat ada aliran keluar wang dari emas ke kripto, dan jika ada, saya tidak merasai matawang kripto akan kehilangan 80% daripada nilai mereka tahun lalu.”

Menurut Yahoo Finance, Milling-Stanley menambah bahawa emas menjamin status tempat penyimpanan nilai yang selamat, dan telah mengekalkan nilainya “apabila saham dan bon dalam portfolio anda sedang jatuh”. Ini, walaupun dengan ketidaktentuan dalam pasaran saham.

Dia juga menyatakan bahawa harga logam berharga biasanya akan naik apabila pasaran saham dan bon jatuh, dan menjangka lebih banyak ketidakstabilan dalam dollar dan pasaran saham di masa hadapan, kerana saham tidak dijangka akan menaik buat masa yang panjang. Milling-Stanley menambah:

“Saya tidak berkata saham akan jatuh dari tebing yang tinggi, tetapi kita melihat lebih banyak ketidakstabilan tahun ini, dan saya rasa itu selari dengan kebanyakan pandangan ekonomi. Emas selalu berprestasi baik apabila semua yang lain tidak stabil.”

Sebelum ini, Tyler Winklevoss, pengasas bersama dan CEO bursa pertukaran aset digital Gemini, telah mendedahkan dia melihat Bitcoin sebagai “Emas 2.0” dan mencadangkan bahawa matawang kripto itu boleh mengambil sebahagian daripada kapital pasaran emas sebanyak USD$7 trilion itu.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/05/there-s-no-flood-of-money-out-of-gold-into-cryptocurrencies-strategist-claims/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.