Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

TNB Kerugian RM3.2 Juta kepada Bitcoin Miners

Menurut laporan media tempatan, Malaysiakini, pada 6 Ogos, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menjalankan serbuan ke atas 33 premis sekitar Kuantan. Kesemua premis ini disyaki mengambil kesempatan untuk mengganggu peti pengagihan elektrik dalam operasi melombong Bitcoin, sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM3.2 juta kepada syarikat utiliti itu.

Menurut laporan berita itu, pengurus am bahagian meter dan rangkaian pengagihan, Siti Sarah Johana Mohd Said berkata penyiasatan awal menunjukkan premis-premis itu telah menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin selama enam bulan.

“TNB telah mengumpulkan bukti bahawa 23 premis sedang menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin, sementara 10 premis lagi mendapat tahu tentang serbuan kami dan telah menghapuskan bukti yang ada,” dia memberitahu wartawan di Wisma TNB semalam.

Operasi serbuan itu, yang bermula dari jam 10.30 am, melibatkan 30 ahli pasukan khas dan lima kakitangan Jabatan Perkhidmatan Keselamatan TNB yang telah mendapatkan waran geledah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Menurut Malaysiakini, pelombong Bitcoin telah menggunakan rangkaian komputer berkuasa tinggi secara langsung dari peti pengagihan itu, melepasi meter elektrik yang biasa digunakan TNB.

Siti Sarah berkata, dalam serbuan pertama di Kampung Jaya Gading, mereka telah menemui premis yang menjalankan operasi perlombongan Bitcoin tanpa seliaan yang menggunakan 1,500 Amp elektrik yang tidak dimeter, sementara meter hanya menunjukkan 3 Amp.

Dia berkata:

“3 Amp yang dimeter hanya digunakan untuk satu lampu dan satu kipas. Mereka hanya membayar bil sebanyak RM219, walaupun sepatutnya mereka membayar RM108,000 setiap bulan untuk penggunaan 1,500 Amp yang tidak dimeter.”

Dia menambah bahawa pemegang akaun itu perlu membayar amaun yang sepatutnya dibayar daripada penggunaan di premis tersebut. Dia juga menyatakan bahawa Suruhanjaya Tenaga telah meminta pemilik premis untuk berhati-hati dengan aktiviti seperti ini yang dijalankan di premis mereka tanpa pengetahuan mereka, dan memindahkan akaun itu kepada nama penyewa.

Dia juga meminta orang awam menghubungi talian TNB Careline di 1300885454 atau emel [email protected] jika mempunyai maklumat tentang aktiviti perlombongan Bitcoin di kawasan mereka.

Sumber:

https://www.malaysiakini.com/news/486980

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

 

 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads