Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Token BitTorrent naik 600 Peratus Sejak ICO

 

Token BitTorrent (BTT) telah naik lebih 600 peratus sejak ICO yang habis dijual dalam masa beberapa minit sahaja, menurut data dari CoinMarketCap pada 4 Februari.

Klien torrent P2P BitTorrent, yang membolehkan pengguna mengedar fail menggunakan Internet melancarkan token BTT berdasarkan Tron pada awal Januari. BTT adalah sebahagian daripada cita-cita besar untuk membina platform kandungan yang desentralisasi menggunakan matawang digital.

Pada 28 Januari, penjualan BTT di platform Binance Launchpad menjadi topik berita utama, mengutip $7.1 juta dengan penjualan 50 bilion token dalam masa 15 minit. CEO dan pengasas Tron Justin Sun mengumumkan secara rasmi bahawa semua 23.76 bilion BTT telah dijual dalam masa 13 minit 25 saat pada harga $0.00012 setiap token.

Pada waktu penulisan, BTT berdagang pada harga $0.000885, kenaikan 629 peratus sejak ICO dan 47 peratus dalam masa 24 jam. Jumlah perdagangan token itu adalah adalam $360 juta, manakala jumlah bekalannya adalah 990 bilion BTT.

Untuk tempoh yang sama, matawang kript teratas berdasarkan modal pasaran, Bitcoin telah jatuh sebanyak tiga peratus, matawang kripto kedua terbesa Ripple naik dalam 3.4 peratus, manakala Ethereum naik dalam 2.8 peratus, menurut data dari CoinMarketCap.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bittorrents-token-price-spikes-600-percent-since-ico

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads