Token, Platform Perbankan Terbuka, Mengumpul Dana Sebanyak $16.5 juta
Token, platform perbankan terbuka yang beroperasi di London dan San Francisco, telah mengumpul dana sebanyak $16.5 juta dari dana teknologi terkemuka seperti Opera Tech Ventures, bahagian venture BNP Paribas, Octopus Ventures, dan EQT Ventures, menurut pengumuman pada 17 Jun.
Pusingan dana strategik ini datang berikutan kerjasama syarikat itu dengan Mastercard. Token sedang membangunkan lapisan sambungan untuk hub perbankan terbuka pemproses pembayaran legasi “yang akan membantu pihak ketiga menubuhkan dan mengekalkan komunikasi dengan bank untuk data dan/atau pembayaran,”menurut wakil Token Erin Lovett. Kerjasama itu melambangkan “langkah pertama dalam perbankan terbuka oleh pembekal infrastruktur besar.”
Menggabungkan API terbuka, ciri keselamatan kriptografi, dan wang yang boleh diprogramkan untuk membangunkan aplikasi perbankan, syarikat itu berkata ia membantu bank untuk agregat maklumat akaun klien dari pelbagai sumber luaran, memulakan pembayaran secara langsung bank, dan mengurangkan kos penerimaan pembayaran.
Satu API juga menyediakan pematuhan dengan keperluan PSD2, direktif pengawalseliaan di EU.
Melalui SDK, Token membuang keperluan untuk perniagaan menyimpan maklumat pelanggan atau bank dalam laman web dan mengintegrasi dengan laman web komersial untuk menyediakan checkout dengan hanya ‘satu klik’. Ia juga mengumpul data perbelanjaan pelanggan.
Selain daripada platform data, Token juga telah membangunkan matawang kripto TokenX, yang didakwa adalah stablecoin pertama direka bentuk untuk “pelaksanaan pembayaran serta-merta.” Ia berjalan di Stellar dan Ethereum, tetapi direka bentuk untuk menjadi lejar agnostik. Dari segi fungsi, TokenX berfungsi seperti Libra Facebook.
Token itu disandarkan pada matawang fiat dengan ratio 1:1 dan telah diaudit untuk mengesahkan bahawa aset dalam escrow berpadanan dengan stablecoin yang ada, menurut syarikat itu. Tambahan lagi, transaksi menggunakan TokenX diperiksa untuk AML dan sekatan, dan mereka yang membeli atau menebus matawang itu perlu mengikuti proses KYC.
Token ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Steve Kirsch dan kini berkerja dengan 4,0001 bank, termasuk Tandem Bank, Think Money Group, An Post, Sberbank Croatia and Slovenia, dan Khaleeeji Commercial Bank.
Firma itu mengumpul $18.5 juta dalam Series A pada tahun 2017, dan tambahan $16.5 juta pada bulan Jun 2019. Lovett berkata Token merancang untuk menjalankan pusingan Series B awal tahun hadapan.
Pusingan dana terbaru ini akan menyokong pembangunan Token dan sambungan ke bank seluruh Eropah, dalam kedua-dua penyelesaian perbankan terbuka dan wang digital.
Sumber:
https://www.coindesk.com/token-an-open-banking-platform-raises-16-5m-in-funding
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!