Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Token Plus sedang Mencairkan Beribu Bitcoin

Menurut pengumuman di Twitter oleh venture capitalist Dovey Wan pada 14 Ogos, kejatuhan dalam harga Bitcoin baru-baru ini adalah kerana pencairan besar 200 ribu BTC oleh skim Ponzi China yang telah gagal, PLUS Token.

Dalam 72 jam yang lalu, harga Bitcoin telah jatuh dengan teruk dan buat kali keempat, berada di bawah paras $10,000, walaupun sewaktu penulisan BTC telah pulih kembali dan didagangkan dalam $10,300. Ketidakstabilan harga ini biasa dalam pasaran matawang kripto kerana ciri-cirinya yang tidak dikawal selia dan tidak matang. Ramai yang menganggap bahawa pergerakan ini adalah hasil daripada manipulasi pasaran yang dijalankan oleh pemain besar yang dikenali sebagai “whales”.

Namun begitu, kali ini, manipulasi pasaran mungkin tiada kena mengena dengan kejatuhan harga baru-baru ini.

Menurut teori yang dijelaskan oleh venture capitalist Dovey Wan, rakan pengasas di Primitive Crypto, kejatuhan harga baru-baru ini adalah kerana kecairan jumlah Bitcoin yang signifikan oleh scam Ponzi China, PLUS Token.

Secara ringkas, PLUS Token adalah mobile online wallet, yang boleh didapati di kedua-dua platform iOS dan Android, yang akan menyimpan matawang kripto anda dengan konsep perkongsian-keuntungan yang pelik, berdasarkan sistem arbitrari “AI-dog” yang memberi keuntungan antara 10 peratus sehingga 18 peratus setiap bulan dengan hanya memindahkan BTC anda ke dalam wallet mereka. Untuk holdlers BTC yang lebih berpengalaman, ini adalah cukup untuk memahami bahawa projek itu adalah penipuan tetapi, malangnya, ramai orang yang tersangkut dalam penipuan ini adalah mereka yang baru dalam industri kripto dan boleh tertarik dengan keuntungan yang senang.

Menurut Wan, PLUS token melambangkan skim Ponzi China yang terbesar dengan 200,000 BTC dan 800,000 ETH yang dicuri, yang bernilai lebih $3 bilion dalam kadar masa kini.

Wan sedang mencuba untuk memberi amaran kepada komuniti kripto kerana, sejak awal bulan Julai, PLUS token sudah mula mengitar semula dana yang dicuri melalui bursa pertukaran popular seperti Huobi, Binance dan Bittrex.

Alamat Bitcoin yang dimiliki oleh PLUS token di mana pelbagai transaksi bermula adalah:

1Dd5VTCkRtMG8bpuHZrjkLf1TeZ8cwZGDe 

14BWH6GmVoL5nTwbVxQJKJDtzv4y5EbTVm

Walaupun berita itu mempunyai skop yang tidak masuk akal, sumber yang ada hanyalah Dovey Wan dan satu artikel kecil yang diterbitkan Oleh South China Morning Post. Penguatkuasa China dan tiada bursa pertukaran yang disebut telah menyatakan pendapat mereka berkaitan ini walaupun ia mungkin exit scam dalam sejarah matawang kripto.

Menurut Wan, ini adalah kerana pengetahuan sedikit Dunia Barat tentang projek ini dan status negatif matawang kripto dalam negara itu.

Teori yang dinyatakan oleh Wan nampaknya tersebar dengan meluas Twitter dan kini kita perlu menunggu reaksi bursa pertukaran atau syarikat analisis blockchain. Walaupun begitu, ianya penting untuk nyatakan bahawa walaupun dengan saiz pencurian itu, Bitcoin telah menjalani variasi sebanyak 10 peratus, pergerakan biasa untuk matawang kripto yang pertama yang sudahpun menunjukkan tanda-tanda penyelarasan.

Sumber:

https://btcmanager.com/plus-token-liquidating-bitcoin-exit-scam/?q=/plus-token-liquidating-bitcoin-exit-scam/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.