Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Torus Beri Galakan Kepada Pengguna Yang Menguji Dompet Mereka Dengan Menghantar Ganjaran Ethereum Melalui Reddit

Firma pengurusan kunci privasi, Torus mengumumkan pada Reddit pada penghujung bulan Disember mereka akan menghantar Ethereum (ETH) ke mana-mana nama pengguna Reddit atau akaun e-mel google. Menurut pengumuman tersebut, seorang ahli TorusLabs berkata: “Kami berharap dapat menjadi alternatif bagi pengguna arus perdana Web2.0.”

Torus, yang memperolehi dana sebanyak $ 2 juta pada Julai 2019 dalam pusingan pendanaan yang dipelopori oleh Multicoin Capital, Binance Labs, Coinbase Ventures dan firma terkemuka lain, bertujuan untuk mewujudkan cara yang lebih mudah untuk membawa pengguna ke sistem yang terdesentralisasi. Untuk memudahkan proses menyalin alamat ETH yang panjang apabila menghantar matawang kripto, Torus menggunakan “resolver” nama yang membolehkan pengguna menghantar transaksi ETH menggunakan alamat e-mel google atau nama akaun reddit. Pengumuman syarikat pada Oktober 13 2019, versi terkini dompet Torus membolehkan pengguna untuk log masuk menggunakan akaun Facebook, Reddit, Twitch, atau Discord mereka.

Pengumuman tersebut menerangkan, “Dengan ‘resolver’ nama, pengguna juga boleh memindahkan token ETH dan ERC20 ke mana-mana alamat Ethereum Wallet, Gmail atau akaun E-mel GSuite, Reddit ID, dan ID Discord, tanpa mengira sama ada penerima telah masuk ke laman web Torus sebelum ini.”

Daripada perlu memindahkan matawang kripto menggunakan angka dan huruf yang panjang, pengguna dapat menyelesaikan transaksi menggunakan alamat e-mel dan nama pengguna. Torus berharap ini akan memudahkan pengguna arus perdana untuk mencuba pengalaman menghantar dan menerima matawang kripto.

Untuk membiasakan pengguna matawang kripto dengan konsep ini, Torus menggalakkan pengguna Reddit untuk mengujinya sendiri. Seorang ahli komuniti TorusLabs mengulas mengenai pengumuman tersebut mengatakan: “Bagi Redditor yang berminat untuk menguji Torus, komen pada pengumuman ini dan kami akan menghantar beberapa ETH ke akaun Reddit anda! Anda perlu log masuk ke https://app.tor.us dengan akaun Reddit anda untuk mendapatkan ETH yang kami akan hantarkan kepada anda.”

Rujukan:

https://medium.com/toruslabs/multiple-logins-with-google-facebook-reddit-twitch-and-discord-9bb18ac64eb3

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads