Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

TradingView Menambah Indeks Kripto Pertama ke dalam Carta dan Platform Analisa

 

TradingView, pembekal maklumat dan analisa pasaran kewangan beroperasi di Amerika Syarikat, telah menambah indeks matawang kripto ke dalam platformnya buat pertama kali.

Bursa pertukaran kripto Huobi mengumumkan pada 4 Mac bahawa TradingView telah menambah indeks “HB10”, dalam langkah yang dikatakan menunjukkan “kematangan yang berterusan” industri aset digital itu. Indeks itu Sudah boleh di akses di TradingView.

Huobi melancarkan indeks HB10 pada bulan Mei untuk menjejak matawang kripto terbesar di pasaran (berdasarkan kecairan dan modal pasaran) yang didagangkan di platformnya secara langsung bertentangan dengan USDT yang disandarkan pada US Dollar.

Livio Weng, CEO Huobi Global, berkata dalam pengumuman pada hari itu:

“Sebagai laman web untuk jumlah pedagang API yang tinggi dan juga komoditi runcit, forex dan juga komuniti perdagangan kripto seluruh dunia, kami merasai TradingView adalah padanan yang baik untuk HB10.”

Indeks HB10 buat masa ini menyenaraikan sembila matawang kripto utama termasuk BTC, EOS, ETH, XRP, BCH, LTC, TRX, ETC dan ONT. Ia juga termasuk token Huobi (HT), yang berada di kedudukan ke-62 dalam pasaran menurut CoinMarketCap.

TradingView juga telah menambah semua pasangan perdagangan kripto-ke-kripto Huobi ke dalam platformnya, menurut Huobi.

Sumber:

https://www.coindesk.com/tradingview-adds-first-crypto-index-to-charts-and-analysis-platform

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads