Trafik Bursa Perdagangan Kripto di Rusia Meningkat Lebih 5% Walaupun Sedang Dilanda Pandemik
Di tengah-tengah pandemic global COVID-19 dan kebimbangan mengenai kuarantin yang berterusan dan peningkatan pengangguran, semakin ramai orang di seluruh dunia nampaknya beralih kepada kripto, Rusia tidak terkecuali.
Menurut data oleh firma keselamatan siber Qrator Labs, rakyat Rusia telah semakin terlibat dengan perkhidmatan pertukaran kripto di tengah wabak coronavirus yang sedang melanda. Khususnya, trafik di bursa kripto di Rusia melonjak 5.56% pada minggu terakhir bulan Mac 2020 dibandingkan dengan purata Februari, sebuah kajian oleh Qrator Labs dilaporkan berkata.
Seperti yang dilaporkan, Qrator Labs menghubungkan angka peningkatan dengan minat yang semakin meningkat dalam pasaran matawang kripto. Di samping itu, trafik rakyat Rusia di pasaran pertukaran kripto asing juga meningkat sekitar 3%, menurut laporan. Peningkatan jumlah trafik datang berlatarbelakangkan minggu pertama kawalan pergerakan di Rusia, yang pada asalnya dijadualkan dari 28 Mac hingga 5 April sebagai langkah untuk menangani wabak koronavirus. Akhirnya, Presiden Rusia Vladimir Putin meluaskan “minggu tanpa bekerja” negara di Rusia sehingga 30 April.
Di samping lonjakan trafik yang berkaitan dengan bursa perdagangan kripto di Rusia, Qrator Labs dilaporkan memberi isyarat mengenai pertumbuhan eksploitasi serangan denial-of-service (DDoS) yang besar pada bursa perdagangan matawang kripto. Menurut laporan itu, jumlah serangan DDoS pada platform bursa perdagangan kripto melonjak sebanyak 486% dalam tempoh yang sama.
Data Qrator Labs mengenai lonjakan trafik ke bursa kripto yang didorong oleh koronavirus di Rusia mungkin menambah keterangan yang membuktikan kesan positif pandemik pada pasaran kripto global. Seperti yang dilaporkan pada bulan Mac, kini minat untuk membeli Bitcoin mencapai tahap tertinggi sejak Julai 2019, menurut data trend carian Google.
Rujukan:
https://www.rbc.ru/technology_and_media/13/04/2020/5e90a9929a7947e709631e88
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!