Default – Above Header Ads

Transaksi Bitcoin di Pasaran Darknet akan Mencecah $1 bilion Tahun Ini, Menurut Chainalysis

Penggunaan Bitcoin di pasaran darknet dilaporkan berkembang, dan laporan terbaru menunjukkan bahawa pengguna mereka akan membelanjakan sebanyak $1 bilion dalam Bitcoin tahun ini, walaupun dengan penutupan beberapa pasaran gelap terbesar dalam beberapa tahun yang lalu.

Menurut kajian yang dijalankan oleh firma analitik blockchain Chainalysis, yang dilaporkan di Bloomberg, pasaran darknet nampaknya akan mencecah rekod baru tahun ini, memandangkan firma itu menyatakan bahawa sebanyak $515 juta dalam Bitcoin telah dibelanjakan setakat ini di pasaran darknet.

Penggunaan Bitcoin dalam pasaran gelap ini dilaporkan menaik pada tahun 2017, tahun di mana $872 juta dalam Bitcoin dibelanjakan di pasaran gelap. Tahun lalu, angka itu jatuh, bersama-sama dengan harga Bitcoin yang jatuh dari setinggi $20,000 ke serendah $3,200 sebelum pulih. Walaupun begitu, jumlah transaksi yang dijalankan tahun lalu telah naik dua kali ganda.

Perlu dinyatakan bahawa penguatkuasa telah menutup banyak pasaran gelap ini. Pada tahun 2017, satu operasi antarabangsa melihat penguatkuasa menutup dua pasaraya popular: AlphaBay dan Hansa, melalui Operation Bayonet.

Kebanyakkan pengguna pasaran darknet kemudian beralih ke Dream Market, yang menjadi pasaran di tangga teratas yang tidak ditutup. Namun begitu, pada bulan Jun 2018, pengedar dadah dark web Gal Vallerius ditangkap selepas gagal memasang tip jar di Dream Market. Dia merupakan salah seorang pentadbir pasaran itu.

Pada bulan Mac tahun ini, satu banner yang mendakwa Dream Market akan ditutup dan akan “memindahkan perkhidmatannya ke syarikat rakan kongsi” dikeluarkan. Pasaran itu telah offline sejak 30 April, dan beberapa orang percaya penguatkuasa undang-undang adalah di sebaliknya. Pada bulan Mei, penguatkuasa menjatuhkan pasaran Wall Street dan seterusnya Chemical Revolution bulan yang lalu.

Baru-baru ini, Financial Action Task Force, suatu organisasi dalam kerajaan yang menentang penggubahan wang haram dan pembiayaan jenayah keganasan, mula mewajibkan pemeriksaan KYC untuk bursa pertukaran kripto dan jagaan kripto, membantu dalam menentang pasaran gelap ini.

Walaupun begitu, menurut Chainalysis, pasaran gelap masih lagi berkembang dan yang terbesar buat masa ini adalah Hydra. Sementara dadah adalah barangan paling laris dalam pasaran ini, Chainalysis melaporkan bahawa permintaan terhadap bahan lucah kanak-kanak dan maklumat kad kredit yang dicuri semakin meningkat.

Walaupun penggunaan BTC dalam pasaran gelap akan mencecah rekod baru, jumlah transaksi berkaitan aktiviti ini telah jatuh kepada kurang daripada 1% daripada keseluruhan aktiviti Bitcoin, dari 7% pada tahun 2012. Selain Bitcoin, Monero (XMR) adalah matawang kripto yang digunakan secara meluas dalam pasaran ini.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/07/bitcoin-transactions-on-darknet-markets-on-pace-to-hit-1-billion-this-year-chainalysis-finds/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads