Default – Above Header Ads

Transaksi Dapp Ethereum Mencapai All-Time High Baru

Walaupun dengan laporan bahawa Ethereum telah menyerahkan sebahagian daripada pasaran dalam aplikasi desentralisasi (DApps), selepas memiliki hampir 100 peratus industri itu hanya setahun yang lalu, jumlah transaksi ETH telah mencecah all-time high baru.

Menurut firma analitik Diar dalam laporan yang diterbitkan pada 6 Mei, Ethereum telah mencecah all-time high dalam transaksi berdasarkan DApp untuk Ether pada bulan April 2019, memecah rekod sebelumnya pada bulan Disember tahun lalu. Transaksi berdasarkan ETH untuk April berjumlah sebanyak 776,000 Ether yang dihantar on-chain melalui aplikasi desentralisasi, adalah kemuncak trend perkembangan selama empat bulan.

Namun begitu, Diar menyatakan bahawa walaupun Ether mengalami peningkatan dalam jumlah transaksi dalam kedua-dua nilai Ether dan US Dollar, kadar pelancaran DApps baru berterusan menurun, mencecah tahap rendah 15 bulan. Walaupun dengan penurunan penciptaan aplikasi baru, Diar melaporkan bahawa token bernilai $132 juta telah ditransaksi melalui DApps, memberi petunjuk kuat mengenai kesihatan industri walaupun keusahawan baru semakin perlahan.

Majoriti jumlah transaksi DApp berlaku melalui aplikasi perjudian DEX, yang telah menemui pasaran niche yang berpotensi tinggi dalam lanskap matawang kripto dan DApps. Dengan pasaran kripto mengalami pusingan bullish, jumlah transaksi dalam kedua-dua Ether dan nilai dollar naik 186 peratus sejak permulaan tahun ini, apabila industri mengundur diri dari all-time high terakhir di bulan Disember.

Namun begitu, Diar menyatakan bahawa penciptaan DApp baru yang semakin perlahan, walaupun dengan jumlah transaksi yang memecah rekod, mempunyai masalah dalam beberapa metriks. Ethereum berterusan menjadi ketua industri dalam projek baru yang dilancarkan on-chain, mengawal 60 peratus daripada jumlah DApp yang dilancarkan pada bulan April, iaitu 88.

Menurut Diar,

“Pembangun mungkin akan berterusan berdepan dengan roadblock dengan infrastruktur yang masih jauh dari skala dan pengalaman pengguna yang efektif dalam iterasi pertama mereka di atas Ethereum.”

Jumlah projek blockchain baru yang masuk ke dalam ruangan aplikasi desentralisasi akan terus memecahkan fokus pembangun, mengagihkan sumber kepada banyak projek. Pasaran Sudah pun mengalami peralihan jauh dari Ethereum, yang memegang majoriti DApps, kepada pendatang baru EOS dan TRON. Projek seterusnya yang masuk ke dalam ruangan itu akan menambah tarikan dan inovasi, tetapi mungkin pada awalnya, menjadikan perkembangan alat blockchain sedia ada perlahan.

Sumber:

https://ethereumworldnews.com/ethereum-dapp-transactions-set-new-all-time-high/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.