Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Tron Melancarkan Sun Network, Penskalaan Sidechain, secara Rasmi

Platform aplikasi desentralisasi berdasarkan Blockchain (DApps) Tron telah mengumumkan pelancaran penyelesaian penskalaan sidechain, Sun Network, dalam terbitan blog pada 11 Ogos.

Tron telah melancarkan kod V1.0 Sun Network, yang merupakan penyelesaian penskalaan yang direka bentuk untuk menambah dan memastikan kapasiti penskalaan tidak terhad untuk mainnet Tron. Ia didakwa akan membolehkan DApps menggunakan tenaga yang lebih sedikit dan dijalankan dengan keselamatan dan tahap efisyen lebih tinggi di atas Tron.

Terbitan itu juga menyatakan bahawa Sun Network menyokong transaksi smart contract dan banyak lagi keperluan yang boleh diubah seperti menetapkan insentif sidechain, kadar transaksi dan kepantasan pengesahan, dan lain-lain. Terbitan ini menjelaskan:

“Penyelesaian keseluruhan Sun Network akan membekalkan penskalaan terhad kepada Tron MainNet, membolehkan lebih banyak potensi untuk pembangunan DApps Tron dan keseluruhan ekosistem. Penyelesaian itu juga berusaha untuk membawa impak yang positif kepada industri blockchain pada masa sama menambah baik rangkaian Tron.”

Tron pada awalnya mendedahkan bahawa perancangan perkembangan untuk lapisan kedua penyelesaian penskalaan beberapa bulan lalu, dengan pelancaran testnet rangkaian itu pada penghujung Mei. Pada waktu itu, Tron berkata ia merancang untuk melancarkan proses pengoptimuman untuk menambah baik kemudahan menggunakan rangkaian itu dan menyokong pelancaran sidechain pada pertengan September.

Pada awal Ogos, pengasas Tron, Justin Sun, mendakwa bahawa versi pertama Sun Network akan membolehkan 100x penskalaan dan pembangunan aplikasi desentralisasi di sidechain dan juga membolehkan masa pelaksanaan smart contract yang lebih panjang, dan juga deposti dan pengeluaran interchain.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/tron-officially-releases-sidechain-scaling-solution-sun-network

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads