Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

TRON Meletakkan Dirinya Sebagai Google Play Store Blockchain?

 

TRON Foundation, yang telah menikmati publisiti daripada berita tentang pembangunan dApps dan jumlah pengguna yang meningkat telah mengumumkan pemerolehan baru: CoinPlay, aplikasi pembelian dApp blockchain.

Terbitan blog TRON menggambarkan pemerolehan itu bertujuan untuk memberi pengalaman pengguna kepada peminat blockchain:

“CoinPlay meletakkan dirinya sebagai kedai aplikasi blockchain yang bertujuan untuk menawarkan aplikasi blockchain paling komprehensif, sesuai dan terkini. Kini, aplikasi blockchain popular sangat sukar untuk dijumpai di kedai aplikasi tradisional, dan sukar mencari sumber untuk muat turun selamat. TRON dan CoinPlay berkongsi visi yang sama: memberi pengalaman pengguna yang lebih baik untuk pengguna blockchain dalam industri.”

CoinPlay adalah hub untuk dApp blockchain termasuk software dan games, dan juga indeks dan penilaian matawang kripto. Kedai aplikasi itu merancang untuk menambah jumlah transaski dan sokongan beberapa platform dalam masa terdekat. Kedai aplikasi itu dibina dengan matlamat untuk memudahkan peserta baru dalam ruangan itu.

Pemerolehan ini adalah sebahagian daripada strategi TRON untuk mengembangkan ekosistem blockchain. Mungkin ini adalah langkah pertama projek itu ke arah mencipta hub dApp untuk telefon pintar – yang menyokong teknologi blockchain semakin menjadi satu realiti. Jika TRON boleh menjalankan projek ini dengan berjaya, ia boleh menguatkan kedudukannya dalam pasaran kripto.

Sumber:

https://www.investinblockchain.com/tron-to-position-itself-as-a-google-play-store-of-the-blockchain-after-acquiring-coinplay/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads