Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Tron Memberi Amaran kepada Pengguna Tentang Laman Web Penipu Yang Menawarkan BTT

 

Pada 28 Januari, BitTorrent Token (BTT) habis dijual dalam masa beberapa minit di Binance launchpad. Penjualan itu bernilai Lebih kurang $7.2 juta, iaitu bersamaan 59.8 juta token BTT. Namun begitu, terdapat beberapa masalah teknikal yang membingungkan pengguna, yang menyebabkan Justin Sun, pengasas dan CEO Tron, yang telah memperoleh BitTorent mengumumkan:

“Saya ingin meneroka kemungkinan bersama @binance untuk memberi secara percuma $BTT kepada sesiapa Sahaja di launchpad yang gagal mendapatkan #BTT pada ahri ini. Komuniti #BitTorrent inginkan anda! Tidak dijamin 100%. Perlu melihat butiran. Tetapi RT jika anda setuju! @cz_binance #TRON $BNB $TRX.”

Masalah teknikal adalah satu, tetapi BitTorrent memberitahu orang ramai supaya berjaga-jaga dengan laman web yang menipu, ICO, dan airdrop yang dijalankan atas nama BitTorrent (BTT). Kumpulan BTT, melalui terbitan blog Medium, memberi amaran kepada pengguna tentang bilangan laman web yang signifikan sejak pengumumannya pada 3 Januari.

Terbitan itu adalah:

“Kami sedang aktif menurunkan platform menipu dan ingin memberi amaran kepada anda tentang risiko yang berkaitan dengan menyertai inisiatif mereka yang boleh menyebabkan anda kehilangan simpanan anda.”

Terbitan itu mengesahkan BTT hanya ekslusif dalam program airdrop rasmi mereka, dan perdagangan akan bermula pada 12 Februari di beberapa bursa pertukaran kripto terpilih. Bursa pertukaran kripto ini akan diumumkan di laman web rasmi BitTorrent dan akaun media sosial.

Justin Sun mengeluarkan tweet untuk memberi amaran kepada komuniti tentang ancaman laman web seperti itu dan mengatakan:

“Kami kini sedang menurunkan akaun palsu yang menawarkan $BTT. Baca artikel ini dan berhati-hati!”

Terbitan itu mengatakan bahawa Tron Foundation, BitTorrent uTorrent atau Justin Sun tidak akan meminta pengguna menghantar token utnuk mendapatkan BTT, yang menjadi modus operandi laman web ini. BitTorrent juga mengeluarkan kenyataan mereka:

“BitTorent tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan penawaran token palsu itu.”

Sumber:

https://ambcrypto.com/trons-justin-sun-bittorrent-warn-users-about-fraudulent-websites-asking-for-tokens-in-exchange-for-btt/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads