Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

TRON Mengumumkan Naiktaraf MainNet Direka bentuk untuk Menambah Keselamatan dan Kemudahan

Odyssey, mainnet untuk platform berdasarkan blockchain TRON, akan dinaiktaraf ke versi 3.6 tidak lama lagi, menurut terbitan blog rasmi oleh TRON Foundation pada 18 Jun.

Rangkaian TRON bermatlamat untuk menjadi platform untuk mencipta aplikasi desentralisasi (DApps) yang fokus kepada hiburan. Seperti yang dinyatakan dalam terbitan itu, pembangun boleh membangunkan DApps di kedua-dua protokol TRON dan juga Tron Virtual Machine.

Odyssey versi 3.6 dilaporkan akan mengandungi ciri-ciri yang direka bentuk untuk menjadikan pembangunan DApp lebih mudah, dan juga menyediakan rangkaian perlindungan dari pemain jahat. Menurut laporan itu, matlamat naiktaraf itu termasuk:

“Implementasi event server dalaman yang lebih ringan, memberi kemudaan untuk pembangun DApp mengubah suai event service mereka sendiri di mana mereka memilih untuk menghidupkan ciri ini. Pemeriksaan data protokol yang lebih baik untuk menghalang data jahat daripada masuk ke dalam blockchain.”

Naik taraf itu juga mempunyai ciri-ciri lain seperti tambah baik rutin kepada sektor lain dalam blockchain itu, termasuk keselamatan dan kestabilan.

Terbitan itu juga menyatakan bahawa TRON public chain boleh menjalankan berpuluh ribu transaksi setiap saat (TPS). Menurut laman web itu, TRON secara konsisten menjalankan 2,000 transaksi setiap saat, berbeza dengan rangkaian Ethereum dengan 25 TPS dan Bitcoin dengan hanya 3-6 TPS.

Seperti yang dilaporkan oleh Cointelegraph sebelum ini, CEO TRON Justin Sun mengiklankan Odyssey versi 3.1 sebagai mempunyai kelajuan yang lebih tinggi daripada BTC dan ETH. Sun mengumumkan jangkaannya di Twitter, berkata:

“TRON akan menjadi 200x lebih laju vs ETH, 100x lebih murah vs EOS. Pembangun dan pengguna dApp, ini adalah untuk anda!”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/tron-announces-mainnet-upgrade-designed-to-enhance-security-and-convenience

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.