TRX Tron akan Melalui Hard Fork Menjelang Penghujung Februari, Menurut Justin Sun
Tron, salah satu platform popular untuk pembangunan aplikasi desentralisasi (dApps), dilaporkan akan melalui naik taraf hard fork (kemaskini yang tidak boleh ke belakang) pada 28 Februari 2019.
Justin Sun, pengasas TRON Foundation, mengumumkan melalui Twitter:
“#TRON akan melancarkan versi 3.5 naik taraf hard fork pada 28/2. Ciri-ciri baru: 1. Wallet kripto multi-signature dan peralatan pengurusan akaun, kesediaan institusi 2. Penyelarasan tenaga dinamik untuk prestasi rangkaian secara langsung 3. Kenaikan 50% prestasi & penggunaan res 4. Virtual machines (VM) yang lebih selamat, events server untuk dApss.”
Pada 13 Februari, TheStreet menerbitkan temubual dengan usahawan berumur 29 tahun itu – yang mendedahkan bahawa Sun tidak menganggap ia sesuatu yang “tidak baik” bahawa matawang kripto telah jatuh secara signifikan dari harga tertinggi mereka. Mempunyai pandangan yang sama dengan tokoh industri kripto lain, Sun berkata bahawa “syarikat blockchain terbaik adalah yang tertumpu kepada mencipta use case yang berdaya maju dan mendidik pasaran tentang perancangan itu.”
Apabila ditanya tentang modal pasaran token TRX Tron dan sama ada ia boleh melepasi modal pasaran Bitcoin, Sun berkata kumpulan pembangunnya tidak “membuang masa untuk memikirkan bagaimana untuk melepasi” matawang kripto paling dominan dunia. Menurut Sun, kumpulan pembangunnya lebih tertumpu kepada membangunkan penyelesaian kepada masalah dunia sebenar dan komitmen mereka untuk mencipta produk dan perkhidmatan yang orang ramai ingin guna akan secara semula jadi membantu platform TRON menjadi lebih bernilai.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!