TSMC Ramal Permintaan Perlombongan Kripto Akan Berkurang Pada Suku Keempat 2018
Syarikat Pengilang Semikonduktor Taiwan (TSMC) telah membuat ramalan permintaan yang lemah bagi cip pemproses untuk pelombong kripto pada suku keempat tahun ini. TSMC, pembekal utama untuk gergasi perlombongan kripto Bitmain, mengumumkan dalam perolehan panggilan Q3 2018 pada 17 Oktober bahawa pertumbuhan pendapatannya akan dipengaruhi oleh “kelemahan berterusan” dalam pasaran perlombongan kripto. Akibatnya, syarikat itu telah menurunkan unjuran pertumbuhan tahunannya untuk tahun 2018.
Menurut permohonan penyenaraian Bitmain di Bursa Saham Hong Kong pada akhir September, hampir 60 peratus daripada jumlah bekalan cipnya berasal dari TSMC pada 2017 dan separuh pertama 2018. “Kami menganggarkan kadar pertumbuhan 2018 kami akan mencapai kira-kira 6.5 peratus” kata CC Wei, Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Pengerusi TSMC.
Dalam laporan suku tahun lepas, firma itu juga meramalkan permintaan perlombongan kripto yang lemah. Bagaimanapun, naib presiden kanan dan ketua pegawai kewangan, Lora Ho di TSMC, berkata bahawa pendapatan suku ketiga datang lebih kukuh daripada yang dijangkakan. Bagi suku keempat, Ho kembali meramalkan bahawa pertumbuhan pendapatan akan “diimbangi sebahagiannya oleh kelemahan berterusan dalam permintaan perlombongan kripto dan pengurusan inventori” oleh pelanggannya.
Sumber:
http://www.tsmc.com/uploadfile/ir/quarterly/2018/3Tb42/E/TSMC%203Q18%20transcript.pdf