Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Tuntutan CoinLab terhadap Mt Gox Naik dari $75 juta ke $16 bilion, Membekukan Pengembalian

 

Baru-baru ini bukti telah ditemui bahawa CoinLab, bekas rakan kongsi bursa pertukaran Mt Gox, telah meningkatkan jumlah tuntutan saman terhadap bursa pertukaran itu dari $75 juta kepada $16 bilion – menjadikan ia lebih mustahil untuk pengguna Mt Gox mendapatkan kembali wang mereka.

Gambar dokumen Jepun yang difailkan – Mt Gox pada waktu itu didaftarkan di Jepun – telah muncul dalam beberapa hari yang lalu, dengan ganti rugi dalam empat tuntutan berjumlah 1.7 trilion JPY (dan satu lagi tuntutan yang disenaraikan sebagai “ganti rugi kelewatan yang tidak ditetapkan” menuntut “jumlah yang tidak ditetapkan”,

CoinLab adalah ciptaan Peter Vessenes dan pada asalnya dikontrak oleh Mt. Gox untuk menjadi agen di Amerika Syarikat dan Kanada. Tetapi Mt. Gox menghentikan kontraknya dengan Vessenes dan syarikatnya mendakwa bahawa Vessenes tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan di Amerika Utara – jadi tidak boleh digunakan sebagai agen.

Kes saman CoinLab terhadap Mt. Gox – di mana ramai, seperti CEO Kraken Jesse Powell percaya tidak berasas dan terbalik – telah mengikat pembayaran semula kepada pengguna yang terjejas sejak bertahun lagi. Tahun yang lalu, pemegang amanah Mt. Gox Nobuaki Kobayashi menjual apa yang sepatutnya mencukupi untuk membayar semua pengguna itu, dan juga CoinLab jika perlu.

Tuntutan CoinLab berjumlah $75 juta – kemudiannya ditambah ke $150 juta – sudahpun menahan pembayaran kepada pengguna. Tuntutan baru berjumlah $16 bilion itu mengejutkan ramai orang.

Estet Mt. Gox dilaporkan masih memegang lebih 200,000 bitcoin, kini bernilai hanya $700 juta sewaktu penulisan – dan tidak cukup untuk membayar tuntutan ganti rugi Vessenes/CoinLab.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/02/coinlabs-mt-gox-claim-jumps-from-75m-to-16-billion-freezing-restitution/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads