Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Tuntutan Mahkamah Berkenaan Mata Wang Kripto Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 2017

 

Tuntutan mahkamah berkenaan mata wang kripto meningkat tiga kali ganda dalam dua suku pertama tahun 2018 berbanding keseluruhan tahun lepas. Ini adalah menurut laporan yang dibuat oleh Lex Machina, firma analisis undang-undang. Tahun lepas, bilangan kes yang menyebut Bitcoin, mata wang kripto atau blockchain berjumlah hanya 15, tetapi pada suku pertama dan kedua tahun ini, angka itu meningkat kepada 45.

Lonjakan dalam bilangan kes seperti ini juga bertepatan dengan kejatuhan harga Bitcoin dan mata wang kripto lain dari rekod tertinggi mereka. Khususnya, hanya terdapat tujuh kes yang berkaitan dengan Bitcoin, blockchain atau mata wang kripto pada suku keempat tahun lepas tetapi ini lebih tiga kali ganda pada suku pertama tahun ini.

Antara firma berprofil tinggi di ruang kripto, Ripple Labs dan Bitconnect adalah antara syarikat yang menghadapi tindakan undang-undang di Amerika Syarikat. Baru-baru ini, Ripple mendapat penangguhan dalam satu tindakan undang-undang setelah berjaya mencapai penyelesaian dengan firma teknologi blockchain, R3. Dalam kes Bitconnect, yang dituduh menjalankan skim Ponzi, satu tuntutan undang-undang terhadap firma tersebut difailkan di negeri Kentucky pada Januari tahun ini. Ini berlaku selepas arahan pemberhentian operasi dikeluarkan di North Carolina dan Texas.

Sumber:

https://www.law.com/2018/09/11/theres-been-a-rise-in-securities-lawsuits-over-cryptocurrencies-and-sec-cases-are-behind-it/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.