Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Turki Mengumumkan Perancangan untuk Infrastruktur Blockchain Kebangsaan

Kerajaan Turki telah mengumumkan perancangan untuk menubuhkan infrastruktur blockchain kebangsaan untuk implementasi teknologi lejar teragih dalam pentadbiran awam.

Kementerian Industri dan Teknologi telah menetapkan visi semasa penyampaian Strategi 2023 pada 18 September di Ankara.

Strategi 2023 menekankan blockchain dan DLT sebagai keutamaan untuk tahun-tahun akan datang. Dokumen itu meurujuk kepada survey Startup Genome yang menandakan blockchain sebagai trend teknologi paling cepat berkembang, dengan peningkatan sebanyak 101.5% dalam pembiayaan startup peringkat awal secara global.

Dokumen Strategi 2023 itu berkata platform sumber terbuka baru untuk blockchain akan ditubuhkan di Turki. Inisiatif ini akan menganalisa use case berlainan seperti pendaftaran tanah, sijil akademik dan kastam untuk mengenal pasti potensi aplikasi sektor awam.

Kementerian Industri dan Teknologi juga merancang untuk bekerja dengan penguatkuasa Turki untuk mencipta sandbox pengawalseliaan untuk aplikasi blockchain.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph Turkish, Strategi 2023 adalah dokumen peringkat kementerian pertama di Turki untuk mengandungi perkataan “Bitcoin” sebagai rujukan. Turkey telah mengeluarkan roadmap ekonomi pada bulan Julai yang menggambarkan matawang digital yang dikeluarkan bank pusat, tetapi tidak menyebut tentang Bitcoin atau matawang kripto yang lain. Strategi 2023 juga memberi definisi teknologi blockchain:

Blockchain, yang menjadi popular dengan matawang virtual seperti Bitcoin, menyampaikan infrastruktur komunikasi teragih untuk memberi kepercayaan antara dua pihak ke atas transaksi tanpa perlu penguatkuasa berpusat. Ciri ini akan membolehkan use case berlainan yang berurusan dengan isu ketelusan dan kebergantungan, dari smart contract kepada bekalan rantaian. Kerana ia membuang semua pengantara, teknologi blockchain membina model perniagaan baru yang akan membentuk masa depan.”

Institusi Turki telah implementasi teknologi blockchain dalam banyak ruangan. Pada bulan Ogos, the Instanbul Blockchain and Innovation Center (BlockchainIST Center) dirasmikan di Bahçeşehir University. Pengarah pusat itu, Bora Erdamar, berkata BlockchainIST akan menjadi “pusat penyelidikan dan pembangunan dan inovasi paling penting di Turki di mana kajian dan penerbitan saintifik dibuat dalam teknologi blockchain.

Awal bulan ini, Instanbul Clearing, Settlement and Custody Bank (Takasbank) Turki mengumumkan platform berdasarkan blockchain untuk perdagangan emas fizikal. Projek baru Takasbank bertujuan untuk membolehkan pengguna untuk memindahkan emas fizikal yang disimpan di Borsa Instanbul Stock Exchange.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/turkey-announces-plans-for-a-national-blockchain-infrastructure

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.