Default – Above Header Ads

Twitter Tidak Berniat untuk Memasuki Persaingan Matawang Kripto dengan Facebook dan Telegram

Jack Dorsey, CEO Twitter dan Square telah mengesahkan bahawa Twitter tiada perancangan untuk bersaing dengan Facebook dan Telegram dengan penawaran token mereka sendiri, menurut laporan Forbes pada 9 September. Square akan fokus untuk menambah baik penawaran berdasarkan Bitcoin mereka kerana Dorsey percaya bahawa standard internet terbuka seperti Bitcoin adalah lebih baik dan efisyen daripada standard yang dijalankan dan dikawal secara persendirian.

Komen Jack Dorsey tentang Bitcoin pada tahun yang lalu adalah udara yang segar berbanding CEO teknologi yang lain yang mengiktiraf potensi matawang kripto.

Daripada melihat untuk melancarkan tokennya sendiri seperti Mark Zuckerberg, sebaliknya Dorsey memahami bahawa keseluruhan revolusi adalah tentang pemindahan kuasa, dan dia tidak mahu mengubah naratif itu.

Dorsey percaya bahawa Bitcoin adalah benda terdekat yang kita ada untuk matawang native untuk Internet, tetapi ia masih lagi bukan satu matawang yang berfungsi.

Ketidakstabilan dan struktur pasaran Bitcoin melambangkan pelaburan yang sama seperti emas. Dorsey menyatakan bahawa ianya perlu menjadi lebih mudah untuk diakses, dan disinilah sokongannya untuk Lightning Network.

Facebook telah mengambil pendekatan yang beorientasikan perniagaan dengan cara mencuba untuk menggunakan teknologi baru untuk mencipta aliran pendapatan baru bagi diri mereka sendiri. Twitter, dan bukannya Dorsey, lebih fokus kepada permainan yang lebih besar.

Tidak semua projek akan mencapai pengunaan sebenar dan bertahan melangkaui tahun-tahun akan datang. Revolusi desentralisi sepatutnya tentang kekuatan kolektif, datang bersama-sama untuk melawan mereka yang berkuasa.

Dengan setiap syarikat dan projek yang fokus kepada melancarkan token, dan visi itu hilang kerana keinginan untuk wang. Kebanyakan token tidak masuk akal dalam gambaran besar dan mungkin akan lebih baik jika mereka menyokong BTC, ETH dan mana-mana unit penghantaran besar lain.

Sumber:

https://btcmanager.com/twitter-cryptocurrency-facebook-telegram/?q=/twitter-cryptocurrency-facebook-telegram/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads