Default – Above Header Ads

Tyler Winklevoss Berkata Kripto adalah Masa Hadapan Wang, Melancarkan Gemini di Australia

Tyler Winklevoss, pengasas bersama dan CEO Gemini, mengumumkan pada 21 Ogos bahawa Gemini kini boleh diakses oleh pengguna di Australia.

Dalam terbitan blog rasmi, CEO Gemini itu berkata penduduk Australia kini boleh memuat turun Gemini Mobile App (yang boleh didapati dalam versi iOS dan Android) dan boleh menggunakannya untuk membeli, menjual, atau memegang Bitcoin, Ether, Bitcoin Cash, Litecoin dan ZCash. Satu matawang kripto yang tidak diumumkan adalah Gemini dollar (GUSD) stablecoin yang disandarkan pada USD.

Dia telah berkata:

“Sebagai sebahagian daripada misi kami untuk membina masa depan wang, kami sedang berusaha keras untuk mengembangkan jejak langkah global kami dan membawa platform yang boleh dipercayai ini kepada sebanyak negara yang boleh. Kami ingin individu dan institusi seluruh dunia untuk mempunyai cara yang selamat dan mudah untuk membeli, menjual dan menyimpan matawang kripto dan berurusan dalam ekonomi digital baru ini. Kami telah membina bursa pertukaran dan penyelesaian jagaan bertaraf institusi yang beroperasi di atas prinsip keselamatan, ketelusan dan pematuhan; kepercayaan adalah produk kami.

Akhir sekali, Winklevoss menyatakan bahawa “Australia kini di kedudukan ke-12 secara global dalam jumlah perdagangan Bitcoin” dan Gemini percaya ia akan boleh “membantu menggalakkan penggunaan lebih meluas untuk kripto di Australia.”

Gemini kini boleh didapati di: 49 negeri Amerika Syarikat, Washington DC, Puerto Rico, Australia, Kanada, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan United Kingdom.

Dalam sidang media Gemini, CEO Gemini itu menyatakan bahawa:

“Matawang kripto adalah masa hadapan wang, dan kami komited untuk membina jambatan kepada masa depan itu di Australia.”

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/08/tyler-winklevoss-says-crypto-is-future-of-money-launches-gemini-in-australia/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads