Default – Above Header Ads

Tyler Winklevoss Bertaruh bahawa Bitcoin Menghala ke $15,000 Selepas Ia Mencecah $10,000

Tyler Winklevoss yakin Bitcoin akan melihat lonjakan yang signifikan jika ia boleh melepasi titik $10,000. Pengasas bersama bursa pertukaran kripto Gemini itu mengeluarkan tweet menyatakan bahawa jika matawang kripto tertinggi nilainya melepasi harga itu, ia akan melonjak naik ke $15,000.

Bitcoin telah melihat kenaikan yang kecil sejak kebelakangan ini. Ia telah bergerak dari serendah $3,200 pada Disember 2018 dan melompat melepasi $9,000 pada bulan Jun.

Ia adalah berbeza dengan keadaan pada bulan November 2018. Sewaktu itu, blog analisa kripto Skew mendakwa bahawa terdapat hanya 19% peluang untuk harga itu mencecah $10,000 pada bulan Jun 2019.

Tyler Winklevoss bukan satu-satunya individu untuk menjangkakan harga naik. Pengasas bersama Fundstrat Thomas Lee mendakwa minggu ini bahawa harga Bitcoin dengan mudah boleh “melepasi” ATH $20,000. Penganalisa Oliver Isaacs memberitahu The Independent bahawa harga Bitcoin boleh melompat ke $25,000 menjelang hujung tahun atau awal tahun hadapan.

Tetapi walaupun Bitcoin sudahpun menunjukkan tanda-tanda pemulihan, banyak spekulasi mengatakan bahawa pergerakan lain dalam ruangan matawang kripto boleh menaikkan harga lebih jauh. Pelabur Max Keiser mendakwa bahawa pelancaran Libra Facebook boleh menolak harga Bitcoin melangkaui ATH. Keiser menggambarkan CEO Mark Zuckerberg sebagai “Satoshi’s useful idiot”. CEO Circle Jeremy Allaire juga membuat jangkaan sama, mendakwa bahawa pelancaran Libra boleh menolak harga Bitcoin melepasi $10,000 seawal bulan Jun.

Winklevoss tidak menjelaskan mengapa $10,000 akan menandakan kenaikan seterusnya, tetapi Lee sebelum ini menjelaskan di CryptoCompare Digital Asset Summit 2019 di London Bahawa harga itu melambangkan “tahap FOMO”, berkata:

“Untuk lebih jelas, kita sudah melihat tempoh FOMO pada masa lalu; jadi bila Bitcoin berdagang dalam 3% tahap harga sebelum ini dan ia adalah lebih kurang $10,000. Dan melihat kepada kitaran bull masa lalu, apabila anda mencecah tahap FOMO, Bitcoin biasanya naik [200%] ke 400%.”

Sumber:

https://www.ccn.com/bitcoin-analysis/tyler-winklevoss-bets-bitcoin-is-headed-to-15000-once-it-hits-this-level/2019/06/19/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads