Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

tZERO Mengumumkan Perancangan untuk Tokenisasi Biopik Pengasas Atari

tZERO, subsidiari berdasarkan blockchain Overstock, mengumumkan kerjasama dengan syarikat kewangan dan pengeluaran filem Vision Tree untuk tokenisasi sebuah filem.

“Atari: Fistful of Quarters” dilaporkan akan menjadi filem pertama yang akan menjalani proses tokenisasi atau crypto-securitization dalam usaha untuk mengumpul sehingga $40 juta untuk biopik pengasas Atari, Nolan Bushnell.

Bushnell mengasaskan Atari pada tahun 1972 selepas melancarkan klon kepada permainan yang dipanggil Spacewar. Konsol permainan video dan coin-op pertama – walaupun primitif – telah menjadi pentas untuk era gaming.

“Matlamat kami adalah untuk implementasi teknologi blockchain kepada pasaran kapital dan setiap industri yang boleh mendapat kebaikan daripada platform yang kami telah bina. Filem Atari ini adalah projek yang terbaik untuk mengetuai jalan ke arah tokenisasi industri perfileman,” menurut CEO tZERO Saum Noursalehi dalam satu kenyataan. Rakan kerjanya Patrick M. Byrne, Pengarah dan CEO syarikat induk tZERO, overstock.com berkata kerjasama ini akan “membawa masuk ketelusan dan akauntabiliti yang amat diperlukan” kepada Hollywood.

Token itu, dipanggil Bushnells, akan dibangunkan oleh tZERO dan dijual oleh Vision Tree. Sebahagian daripada keuntungan filem itu akan diperoleh oleh pemegang token, menurut sidang media.

Bushnells juga membolehkan penyertaan pemilik dalam pengeluaran dan pengedaran filem melalui pengundian ke atas trailer dan pemilihan pelakon.

Penilaian terbaru tZERO adalah $1 billion oleh GSR Capital berikutan pelaburan ekuiti sebanyak $5 juta.

Sumber:

https://www.coindesk.com/tzero-tokenizes-atari-founders-biopic

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.